Skip to main content

SEDIH LAH... ( CREDIT TO ANYONE..)

Berkenalan sewaktu praktikal bersama. Dari situ gua jatuh hati dengan perwatakan dan gaya dia. Org kata rupa tu bonuslahh. Gua ni kalau suka kat org susah nk gentleman p bgtau sndiri. Biar jelah minat diam2 dalam hati je then last2 melepas. Begitulah yg selalu terjadi. Tapi kali ini terasa lain bagaikan ada sesuatu yg telah mendekatkan kami. Yeah, kenal dari mata then turun kehati. Buatkan hati gua ni berbunga2. Setelah lama berkawan gua makin sayangkan dia, susah nak cari org perempuan mcm dia, sopan santun,keturunan yg baik, prwatakan yg lembut, senang terima teguran, sntiasa berubah kearah kebaikan dan yg paling penting selalu kejutkan gua solat subuh, x pernah miss. Situ la gua paling respect kat dia. Kadang2 gua yg tido kjap je sbb nk brtanding kejut awal subuh. Kami x declare pon as a couple just bkawan dgn niat ke arah perhubungan halal dan sentiasa menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan.



Bila dah lama kenal gua jadi makin sayang, sentiasa ingin ada disisi dia dan menjaga dia. Niat gua ni ikhlas kerana Allah bukan nafsu semata-mata. Gua ingin menjaga dia dan fmly dia. Dari situlah gua suarakan niat utk meminang dia dlm masa terdekat. Di hari birthday dia gua buat suprise dgn call famly dia utk menghantar rombongan meminang. Tapi niat itu diminta tangguh utk bagi laluan kpd dia bekerja dulu dan dapat merasa duit sendiri utk fmly. Terus gua mnjadi hampa dan tanpa disedari gua dingin dgn dia walhal dia tatau apepon tntg niat gua tu. Dia layan gua elok je tapi gua acuh x acuh dgn dia almaklumlah tngah sentapkan.haha. Tu la satu lagi sikap dia yg buat gua tersentuh. Smua yg gua buat salah hanya disimpan dalam hati dia.

Entah cmne satu hari tu gua tnpa berfikir panjang p unfriend fb dgn dia, niat nak bgurau2 je mcm selalu tapi x berhasil. Dia marah gua kaw2. Masa tulah meletop smua masalah. Rupanya baru gua sedar yg dalam sayang gua juga sering memakan hati dia, buat dia sentap dgn gua. Byk lah salah yg gua buat. Tapi dia diam je. Kali ni baru meletop.

Hari demi hari dia merajuk dgn gua, dia marah sgt dgn gua. Masing2 ego masa tu smua tanak mngaku salah. Dia ckp mcmtu, gua ckp mcm ni. So tade solution la. Lastly, dia ckp dia da tawar hati dgn gua n tamau ada komitmen dgn mana2 laki dah, tamau pikir soal tunang, kawin, just nk jaga fmly dia. Gua dngr jela ape dia ckp. Biasalah perempuan klau tgh marah kan. Gua biarkan jelah dia, bagi dia masa. Mungkin masa boleh merubah dia mnjadi reda. Dalam masa tu gua ada la anta mcj pujuk tapi dia plak layan gua dingin. Baru padan muka gua.

Rupanya masa telah merubah segalanya, dia da tamau gua pujuk dia lagi dan dia tamau gua dah. Gua sabar jelah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Gua yakin Allah tolong gua lembutkan hati dia. Hari berlalu hari dan tiada khabar berita, gua umpama zombie p keje dgn hati yg x tenteram.

Nak dijadikan klimaks, pada suatu hari tgh gua sibuk bekerja fon buruk gua yg slalu hang ni masuk whatsapp. Perghhhh, pedih nya hanya tuhan yg tahu bila gua telan ayat2 yg disampaikan tu. “Salam, org nk mnta maaf. Dah ada org mai merisik org dan org dah terima, x lama lagi kami nk bertunang.” Allahu, gua jadi kelu, ketar, dan terkontang kanting. Apa harus gua lakukan? Tidak terjawabkah doa gua selama ini? Gua tabahkan hati, gua anggap itu omong kosong aja skadar nak mnyakat gua. Gua istigfar, gua ingat tuhan. Gua prcaya stiap perancangannya. Gua tabah, mcm tiada apa berlaku dan gua tak menangis okey!

Balik dari kerja lantas gua memulakan risikan. Bertnya kpd kwn rapatnyaa. Ya, ternyata berita itu benar. Hampa lah gua skali lagi dan luluhnya hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Dimana janji2 dulu yg ingin hidup semati, be#rkahwin, berkongsi apa yg ada didunia utk memperoleh akhirat? Dimana kenangan2 kita dulu dan perasaan kasih mnghilang? Bagaikan dibadai ombak, sekelip mata nikmat dunia itu hilang begitu saja.

Bila dah tiada baru terkenang, begitulah hari2 yg mendatang stiap masa teringatkan dia. Semua yg buat tidak kena.

Makan x lalu, tidur x lena tapi mandi basah# aje. Gua cuba mencari ikhtiar, gua solat taubat, solat hajat, solat istikharah. Lalu terdetik lah dihati gua utk pergi ke rumah dia utk bersua muka. Gua buat preparation dgn p beli cincin, ngam2 ada cincin yg gua bkenan dan size tepat dgn jari gua yg halus mulus ni, agak2 padan la kot dgn dia. Oleh kerana hati tak tenteram, gua pon minta cuti rehat keesokkannya. Ramai yg mngatakan tak elok gua pergi berseorangan seperti tiada adab. Tapi apakan daya, gua pergi dgn membawa niat yg suci, gua yakin Allah permudahkan urusan gua. Diterima atau tidak ditolak tepi.
Lalu berlalulah gua menerjah highway dgn ditemani lagu2 jiwang d corong radio. Sesampai di bandar pasola itu gua hilang arah tuju dan sesat hampir 1 jam. Alhamdulillah Allah tnjuk jalan, tgh2 sesat tu terlalu lah jalan yg betul. Sesampai dirumahnya lega kerana pintu terbuka luas. Smpai dipintu rumah kaku gua b#ila ade ramai org dalam tu. Rupanya rombongan dari pihak lelaki tu. Sesudah gua berikan salam lalu bangunlah mereka meninggalkan gua menandakan majlis sudah abis. Sempat gua salaman dgn mereka. Gua dah boleh agak ape yg terjadi. Gua tenang.

Gua salam dgn ayahnya dan duduk disofa smbil memerhatikan suasana sekeliling. Gua lihat dia bersalaman dgn ibu lelaki itu sambil mengangguk anguk menerima. Gua bayangkan indahnya jika itu ibu gua. Allahuakhbar, lalu gua suarakan niat gua dtg hari ni. Gua dtg utk kata putus, gua nak tau ape sbnrya yg berlaku. Bukan niat gua dtg utk buat huru hara utk sakitkan hati mana2 pihak. Ibu ayahnya faham.

Lalu gua mulakan bicara dgn bertanya per#ihal lelaki tersebut, kenapa boleh terima dia sedangkan tidak gua? Ape yg gua sakitkan hati dia sgt smpai smua ni berlaku? Gua lihat dia mnjawab dgn tenang dan penuh tutur bicara. Gua tanyakan smua soalan yg bemain di fikiran gua dan dari jwpannya gua tau yg dia betul2 terima laki tu dgn ikhlas.

Setelah semuanya jelas gua pon mulakan bicara ini. Bismillah, bicara ini kerana Allah. semenjak kita knal saya da pasang niat utk jadikan awk isteri saya. Saya ingin sentiasa berkongsi suka dan duka dgn awak, sentiasa mnjaga awak, sntiasa ada disisi awak, mnjaga makan minum awak, mngharungi liku2 hidup dan tua bersama awak. Setelah ape yg saya janjikan dulu utk jadikan awak isteri say#a dan bahagia ke akhir hayat. Harini saya dtg utk tunaikan janji2 saya. Saya dtg membawa sebentuk cincin. Jika awak setuju sarunglah cincin ini, jika tidak. Saya redha.

Gugup gua menunggu keputusan darinya. Ternyata jawapannya TIDAK, lalu gua redha. Gua tutup cincin tu dan simpan kembali dlm poket. Alhamdulillah, gua dah tunaikan janji gua dan gua dah dapat jawapannya. Tiada apa lagi yg gua mahukan, hanyalah kemaafan atas segala khilaf gua sepanjang perkenalan kami. Gua dan dia dah kosong2, tiada apa yg perlu didendamkan antara kami mahupun keluarga kerana kami masih lagi berkawan.

Akhir sekali, gua smpaikan pesanan g#ua yg terakhir agar dia sentiasa menjaga aurat, bekerja kerana Allah, jaga makan minum dan jgn lambatkan solat walaupun sibuk bekerja. Gua smpaikan pesan jua pada lelaki tu supaya menjaga dia dgn baik, cepat2 kahwin dan biarlah rezeki yg diperolehi tu berkat utk mereka nanti.

Akhir perbualan gua, gua salami mereka dan berlalu pergi dgn hati yg tenang.

Nukilan ini khas utk penjelasan sebenar kepada pembaca2 memandangkan pos gua telah mnjadi viral. Tujuanya supaya tiada yg tersalah sangka. Dalam hal ini tiada siapa pon yg salah. Hanya takdir Tuhan yg menentukan segala-galanya. Dialah sebaik-sebaik perancang dan jika jodoh gua dengannya Allah akan dekatkan kami tapi jika dia bukan jodoh gua Allah akan tenangkan jiwa gua dgn kete#ntuannya. Gua dah pon kosong2 dgn dia. gua tamaulah ada komen2 yg mnyakitkan hati dia, mngata dia perempuan sebegitu sebegini. Jujur dihati gua, dialah perempuan yg terbaik pernah gua jmpa, rugi rasanya gua ni. Tapi tak mngapa, mungkin tiada jodoh kami didunia, mungkin dia mnjadi permaisuri gua d syurga nanti.

Percayalah, Allah itu sebaik2 perancang. Dia tenteram kan hati gua dgn ketentuanNya. Dia tau isi hati dan jodoh gua. Kalau dia jodoh gua pon, perit sekali diuji ketemu jua kami nanti. Ingatlah, hanya Allah yg mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi. Dialah yg memiliki alam semesta ini, kita h#anyalah khalifah yg menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Amalkan niat melakukan sesuatu benda kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.

Allahuakhbar!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Kerja Kursus Kesusteraan Melayu Komunikatif Penggal 3

Menjelang Penggal 3 buat pelajar STPM setiap tahun, antara kerja kursus yang paling mudah tetapi sukar difahami pelajar bagaimana cara untuk membuat persembahan multimedia yang baik. Jadi Si Pendek akan berkongsi sedikit mengenai kerja kursus ini. MULTIMEDIA DALAM KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF HASIL PEMBELAJARAN  Pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep,fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera. 2. Menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.     Contoh Persembahan Multimedia menggunakan Powerpoint Ini ialah hasil terbaik pelajar STPM 2014 jadi gunakan sebagai panduan dalam menghasilkan multimedia anda. http://www.mediafire.com/download/4px7ts59th6b19h/

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim... ....بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.... Assalamualaikum W.R.T Sahabat... KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...  Sebelum ni saya dah ceritakan mengenai sebab dan penyebab saya menulis blog ni dan yang seangkatan dengannya. Salah satu sebab yang saya utarakan ( Si PANJANG tanya, sebab apa tak ditimurkan ker? dibaratkan ker tapi diutarakan... ada sesiapa yang boleh jawab?) termasuklah nak berkongsi tips untuk belajar.  Okeylah, sedikit kisah tentang peribadi ( Profile bak Kata Si PANJANG versi Orang Putih ) saya. Saya bukanlah budak yang terpandai atau terbijak (Mahupun yang terkacak... ) ketika menuntut di Sekolah dahulu. Ponteng sekolah macam orang lain juga, malas turun kantin waktu rehat macam orang lain juga, PANJANG KATA " I'm not different from others, but i'm different from someone " ( Ni pun Si PANJANG versi ...