Klik2 Mr Nuff

Sunday, 10 January 2016

0

Asyik Pendek Aje Yang Cakap, Sekarang Panjang Pula Nak Kata



Mula-mula sekali saya perkenalkan diri saya dulu sebagai muqadimah dalam blog pertama yang saya betul-betul serius dan dengan penuh tekad nak pastikan blog ni terus kekal maju, hebat, dan diminati ramai. PANJANG KATA, wuisshh HAIBAT lar Brother!..

Al-Maklum, nama saya KhaizHalimi. Umurnya rahsia, tempat tinggalnya rahsia, berat badannya rahsia, ishh kalau semua dah rahsia benda apa yang bukan rahsia. Ha... ni yang nak cerita ni. Hidup saya macam orang-orang biasa juga la. Tamat pengajian di Sekolah Menengah ( STPM ) terus ada waktu luang untuk buat kerja sambilan. Bagi saya kerja yang dipilih ialah Brother (Abang-abang:- Bukan abang gangster...) Murabbi. Murabbi ni kerja dia jaga bebudak asrama sekolah dan pastikan diorang punya hal ehwal terjaga dan terjamin. Dah macam bodyguard yer...

Friday, 23 October 2015

0

Selamat Tinggal Ayah (Farewell Daddy)

Sedikit bingkisan dari novel saya, The Coffee House; harap menghiburkan diri anda.

Farewell Dad


That man was my father, He was the first man i fell in love with; my father, one whos whisper the Adzan when i am welcomed to the world. The man that taught me how to be a person that worth forever, guiding me to face the harsh world where people are variant and challenge are mindless.

When he still here, he looks after me; being a possesive man, yet the friendliest guardian behind my back. Now he no more here, no more behind my back, there is nothing i would not do if i could travel past that time.

Remember dad, you said i need to always speak up; stand up for who you are and what you believe in.

I speak loud daddy, i stand straight daddy, and i always a believer to what i believe.

cause i know that i would not have done that without you dad.

Remember dad, you said we need to respect others; and we receive respect when we respect others.

I respect others, and i have been respected by others.

I know that i were no good to be respected, i feel humble whenever people bid me. Cause i know that without you, there is no a word "respect" to me.

Remember dad; you said when i grown up, i going to be a great man.

Well daddy, here i am; neither a president nor a businessman. I'm just an Imam.


Now, in front of your pale and frozen body, my eyes was tearing, even my hand was shaking, yet my heart said something.

You are my love, my respect; a great man for myself.

Farewell dad

Monday, 19 October 2015

0

Turn Off Your Being Positive Button!

Assalamualaikum w.r.b

Hah, artikel lepas suruh kita jadi positif selalu dan tarik orang jadi positif macam kita. Apasal entry kali ni ke laut berlawanan dengan apa yang Khaiz cakap dulu. Hehe, ni bukannya nak jadi orang yang tak berpendirian yer... Bukan jugak cakap-cakap penipu yang tak ikut waktu. Actually, kalau korang nak tahu... Being Positive tu benda yang baik dan mesti diamalkan selalu, tapi sometimes korang jugak kena tahu bila nak jadi NEGATIF!

BETUL! Khaiz cakap kena jadi NEGATIF! tapi INGAT! Ibarat sifat Yin dan Yang dalam ilmu psikologi China, kedua-duanya penting tapi sentiasa ingat yang Yin harus lebih banyak berbanding Yang. Kenapa? 
Dalam gambar yin yang ni kalau sebetulnya sifat yin lebih menguasai yang
= Negatif  > Positif

Sifat negatif tu perlu untuk memastikan kita tak melampaui batas! Yup! B.A.T.A.S! contohnya, sebagai seorang Muslim, jangan kita terlibat dengan perkara yang melampaui batas-batas agama. Jangan positif sangat sampaikan kawan korang cakap dialog gini:

" Do, ko cube le Hisap Rokok ni, Nikmat do. Ala... cuba skali nanti ko berenti la kalau tak kene taste ko do.... " Ucap seseorang...

Kalau korang cakap " Oklah aku cuba, kalau sekali apa yang nak jadi kan.. " Al-Marhumah berbicara...

Faham apa maksud gambar ni?

Benda yang buruk ni kalau kita fikir positif memang merugikan diri! Jangan ingat sekali cuba takkan bawak apa-apa perubahan! Sebenarnya ada contoh yang lebih keras sikit. Tapi tak nak lah Khaiz sebutkan takut bawak maksud yang berlainan pulak (Contohnya Zina, Dadah dan lain-lain, oppss tersebut la pulak)

Just something i wanna say: Being Positive Is Great, Just Make Sure You Know When To Shut It Off.... 

So, kita manusia ada otak, ada AKAL fikir-fikirkan, renung-renungkan! Assalamualaikum.


Friday, 9 October 2015

0

Program Motivasi Pertamaku!


Assalamualaikum w.r.b

Kalau tengok tajuk entry ni memang apa yang nak Khaiz ceritakan semestinya straight to the point jer. Dekat UKM ni memang banyak program motivasi yang dijalankan, lepas satu-satu program motivasi. Kali ni dah dekat 7 kali dah Khaiz jadi peserta program motivasi, actually semua program motivasi ni lebih kurang jer. Ada perasmian, LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Seminar, Bengkel, Demonstrasi, Tayangan Video dan sehaluan dengannya. Dah tipikal sangat program motivasi ni "macam alah bisa tegal biasa" Khaiz dah boleh agak apa yang para fasilitator nak buat selepas ni. Hebat kan Khaiz... Hehehehe...

Nak diceritakan, selepas Khaiz terlibat dengan beberapa persatuan macam SRM (Satu M Rakan Muda) dan ambil subjek Latihan dan Modifikasi so Khaiz kenalah handle 2 program motivasi. Kali ni Khaiz terpaksalah jadi Fasilitator pulak kan.. 

Bagi Khaiz tak lah susah sangat handle program ni, yang susah nak mampusnya nak urus kertas kerja, proposal dan yang seangkatan untuk apply dana, tempat peserta nak stay, tentatif program dan siapa yang in-charge satu-satu event tu. Dua-dua pulak Khaiz dilantik sebagai Project Leader, memang pening la otak Khaiz nak handle. Berkejar macam Usain Bolt kesana kesini nak handle program, nasib baik Assignment Khaiz baru ciput. Kalau sampai 6-7 assignment apalah nak jadi. 

Korang agak dorang semua ni rasa apa?

Program motivasi ni sebenarnya nak latih peserta supaya dapat mengubah tingkah laku diorang yang negatif kepada positif, so kalau program yang dibuat kurang baik dan tak tersusun memang hancuss la program tu.. Khaiz sendiri pun dah banyak terlibat dengan program motivasi yang hancuss-hancuss sebelum ni. Diorang tak pandai nak atur program dah tu pihak atasan pulak tak ada motivasi, dah program tak memikat nak jugak diluluskan. 

Program motivasi yang berimpak tinggi buat dorang rasa
 bersemangat nak jadi orang yang hebat
Apalah nak jadi dunia ni, yang jadi mangsa eksperimen tak tentu hala peserta program la. Kepada u all yang jadi fasilitator dan orang penting program buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar lepas tangan saja. Budak-budak bayar untuk kita bagi diorang ilmu dan pengalaman yang baru bukan benda yang diulang-ulang. Jangan tunggu kerja dengan pakar motivasi macam DFK atau UKE baru nak bekerja sungguh-sungguh.

Ni adalah pendapat Khaiz yang dah lama disimpan, program baik adalah program yang memang meninggalkan kesan dalam diri peserta. Khaiz bukanlah orang yang hebat sampai nak bagi nasihat kat korang tapi kalau nasihat tu betul dan boleh diambil teladan jangan ditinggalkan macam tu saja. Buat kerja yang baik tak merugikan kita, tapi menambahbaikkan diri kita lagi. Still, ambil teladan halang sempadan (Quotes baru hahaha). Assalamualaikum.

Tuesday, 6 October 2015

0

Teruk Sangat Dah Sakit Budak Budak UKM Ni

Entry kali ni menyayat hati skit, sangat-sangat menyayat hati sampai boleh membuatkan korang terus cari tisu saiz XXL sebab tak tahan nak menangis. Hampir 25 orang budak budak UKM patah tangan tulang belulang macam tulang ikan sardin sudah.. Diorang punya tangan sudah dibalut macam mumia baru bangun pagi. 

Sebenarnya tak lah sakit sangat setakat patah tangan, sakit lagi patah hati, Bercakap berdasarkan pengalamanT T ) mana taknya baik baik je tangan tu elok pegi patahkan kenapa. Hahaha i'm really MEAN right.. Muahahahaha! 

Kejadian ni sangat menyayat hati sebab apa? tak de apa sebenarnya diorang ni budak BSMM aka Bulan Sabit Merah Malaysia... Diorang ni tak lah cantik sangat tapi ada lah seorang yang *My Eyes Saw A Raibow!!* gitu ha... tapi Khaiz budak baik tak lah nak terus mengorat kan...

 Budak baik dan Alim macam Khaiz ni suka straight to the point, solat istikharah nampak sapa yang dihati terus hantar rombongan.. Simple kan... tapi yang lagi sedap tu kalau rombongan ditolak! Haaah pandai-pandai la handle sendiri kan... 

Sorry kalau artikel ni tak best tapi bagi Khaiz best ape? There is a Quote said;

" If u think what you did is great dont even think about others" 

kan... kan... kan... Assalamualaikum..
0

Terharu Tengok Budak UKM Menyanyi!

Actually entry kat atas ni bukanlah penting sangat pun tapi rasa lain macam kalau tak cerita. Bukan apa, sebenarnya Khaiz baru habis buat kerja aka assignment yang berluggok macam ulat gonggok. Terasa sesuatu yang menusuk jantung sampai ke hulu hati tiba tiba saja.

Khaiz pandang ke belakang sebab terkejut ingatkan ada "Sesuatu" yang tak diundang menerpa dari belakang... Rupa-rupanya budak budak Koir UKM yang buatkan aku huk haah huk haah sampai nak mati.. diorang nyanyi bergetar roh mak datuk aku terkejut sangat-sangat... 

Tapi actually Khaiz respect arr sebab diorang ni ada komitmen dan sanggup lawan perasaan nervous nak mampus atas pentas. Tambah pulak cikgu diorang hah.. Macam ni Ha! Garang nak mampus. Bukanlah maksud Khaiz suara diorang sumbang macam kumbang kan... Tapi bolehlah, suam suam kuku gitu... Still tak boleh lawan Khaiz punya Vibrato Voice hehehe.. 

Oklah Assalamualaikum dan Selamat Malam....

Sunday, 4 October 2015

0

" GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION! "



ASSALAMUALAIKUM W.R.B

Akhirnya, first GA yang Khaiz join selepas 2 bulan menyepi... GA atau GIVEAWAY @ HADIAH FREE @ GAME UNTUK BLOGGER ni sememangnya memerlukan nasib yang lucky, kerja keras yang super keras, masa yang sangat terhad ceiwah... macam la payah sangat GA ni... hahahaha... 

Anyways, GA dari adik RRAI or mudahnya Cik Baju Warna Coklat ( Sorry erk tuan punya nama kalau salah sebut.. ) dah habis study kat kolej erkk.. Dengan setulus hatiku dan sepenuh perasaan sayang ( sayang yang baik tau! ) Khaiz mengucapkan TAHNIAH dan HAPPY GRADUATING DEAR... Dalam pelajaran ni yang penting sentiasa baik dengan semua orang supaya mudah masuk ilmu dan orang redha dengan ilmu tu. 

HAPPY GRADUATE RRAI, NAH TEDDYBEAR
KALER BROWN HEHEHE
Khaiz sebagai seseorang yang pernah sumbangkan ilmu kat RRAI dulu pun sentiasa redhakan ilmu tu sebab sebagai orang yang memberi ilmu kita kena sentiasa bagi yang terbaik dan redhakan ilmu kita walau sejahat mana pun orang yang nak tuntut ilmu kita... Ibarat seorang ibu, walau payah mana pun membesarkan anak tetap dia redha terhadap anaknya. Waaahh... ni dah macam tazkirah n ceramah motivasi dah ni... LOL LOL LOL....

 ANYWAY RRAI, TAK NAK CONSIDER UKM KE UNTUK DEGREE NANTI? UKM ni mudah... ni Khaiz nak bocor rahsia skit erk.... UKM = Universiti Keluar Masuk... Bye and Assalamualaikum.
0

Khaiz, Back To Work! FIERY GUY WITH FEROCIOUS SPIRIT!

Assalamualaikum w.r.b

Rasanya dah hampir 2 bulan lebih Khaiz menyepi daripada dunia blogging ni. Actually, hidup di Universiti ni taklah sesibuk mana. Tapi kalau dah dihidangkan dengan assigment yang memang menanti masa untuk di hantar dan aktiviti kolej, fakulti and pusat pengajian yang MACAM NI HA! ( KAJAIAN I LOVE U ) memang sibuk jugak lah. Owh, fyi i'm a guy and nevertheless jangan pelik stail tulisan Khaiz ni ada ciri2 GELI GIRLY skit yer... Bukan mudah ya someone as tough and ferocious macam Khaiz ni nak belajar cara menulis ala2 GELI GIRLY ni. Disebabkan melukis manga romantik ( OH SAYANG... ) dan novel cintan-cintun telah membuatkan hatiku menjadi lembut ibarat air yang jernih dan suci... wa... boleh tulis lagu ni. 

But from today onward! i swear to my dear Papinka Band yang Khaiz akan cuba untuk terus-terusan update   blog SIPANJANGKATA ni sampai ke titisan darah TENET terakhir. Kalau tak Papinka Band akan disumpah menjadi band metal rock plak lepas ni... 

Ada orang cakap yang bukannya payah nak menulis dalam blog ni, kau hentam aja apa yang kau nak dan kalau promosi blog korang gempak maka blog korang akan jadi gempak jugak. OK! DISINI KHAIZ NAK INFO SKIT ERK!

Ko kalau menulis selamba badak macam takda ilmu pasal menda2 yang entah hape2 takyah ark ko nak jadi blogger, baik ko jadi mende lain doe. Haahhh... kan dah keluar bahasa kasar Khaiz... MUAHAHAHHAA! 


Sebenarnya mengikut definisi kamus OXFORD! ceiwah... ada definisi yang sangat mudah tapi boleh membuat orang konfius ; A BLOGGER DO BLOGGING IN THEIR BLOG... haaah... Paham idak? Blogger ni memerlukan ilmu, korang kalau nak jadi blogger yang mantap perlukan ilmu dari merata ceruk tak kisah dari buku, blog, filem atau dari mana pun yang penting is KNOWLEDGE! Khaiz ada kawan blogger yang edit entry sampai 3 HARI baru post dalam blog diorang. Sebab apa? Sebab diorang pentingkan kualiti post diorang... Yes i admit yang i sendiri pun belum pernah ambik masa 2-3 Hari untuk edit entry, tapi at least Khaiz ada juga edit sampai 3-4 jam sekali. Entry kali ni pun 2 JAM jer Khaiz edit. 


Last but not least. Blogger ni perlukan semangat yang kental! Ilmu yang kekal! Motivasi yang cekal! dan Minda yang BEBAL ( OPPSS SORRY BEBAS LAH.. HEHEHEHE! )

Monday, 7 September 2015

0

SIPANJANGKATA NOW HAD ITS COMEBACK!

After a long time not updating this blog, here i am at last. Sorry sangat2 sebab SIPANJANGKATA ditutup sementara sebab penulis sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di UKM, kan dah cerita pasal temuduga ukm haritu. Alhamdulillah dah lepas dan berjaya masuk ke UKM. Now im proud to UKM student. Cerita pasal UKM ni. Nak cerita skit pasal kolej terbaik saya yang sangat sporting dan happening jeng2 jeng2 jeng2!


KOLEJ RAHIM KAJAI!

KRK macam ni ha ( double thumb up! ). 


TO be CoNtInUeD!.....

Monday, 27 July 2015

Thursday, 23 July 2015

0

Berdosa Kalau Tak Bagitahu Anda!

Berdosalah Saya Jika Saya Rahsiakan Fakta-Fakta Ini
Sebagai seorang Islam, amatlah berdosa kepada saya jika saya menyembunyikan fakta sebenar. Saya mahu anda semua tahu apa yang saya tahu - dan selepas itu anda buat pertimbangan anda sendiri.

BAHAYA Beli Suplemen Kesihatan TANPA Nasihat Doktor...
  • Akan memberikan efek lain sebagai kesan sampingan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
  • Setiap suplemen kesihatan yang dijual secara online, tidak semestinya ia sesuai untuk anda. Situasi setiap manusia adalah berbeza. Anda perlukan pakar kesihatan untuk menilai sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak.
  • Walaupun ia sekadar minuman seperti kopi untuk 'kejantanan' dan kesihatan, anda perlu siasat. Jika rujuk pada testimoni, memanglah semuanya baik. Bagaimana dengan mereka yang mengalami perkara negatif, adakah sanggup mereka sebarkan kepada umum? Sudah tentu tidak! Mereka pasti akan diamkan.
  • Sudah banyak rekod kesan sampingan untuk sebahagian produk kesihatan yang dijual - yang tidak diceritakan kepada umum.
  • Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada mangsa 'ketamakan' sesetengah pihak?
Coretan saya ini pasti akan TIDAK digemari oleh mereka yang menjual suplemen kesihatan dan pelbagai jus minuman yang dikatakan 'kononnya' terbukti merawat pelbagai penyakit. Saya terpaksa bersikap jujur, demi kebaikan anda semua rakyat Malaysia. (dalam masa yang sama, saya tidak menafikan mungkin ada suplemen yang benar-benar berkesan untuk mengembalikan kesihatan anda yang tertentu. Wallahu a'lam).
Betul, makan makanan kesihatan juga orang kata, sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk sihat. Tapi, AWAS! Mungkin usaha kita itu menjurus dan menjebakkan kita ke dalam 'lembah kebinasaan'. Oleh itu, saya nasihatkan anda berhati-hati dengan ubat-ubatan atau suplemen kesihatan yang dijual di luar sana, tanpa nasihat doktor.

“20 Produk Jenama Lain, Tapi Hasil Dari Kilang Yang Sama...”
Rakan saya yang diberi nama sebagai encik Ahmad, mempunyai rakan-rakan yang menjual produk kesihatan dan kecantikan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah, walaupun puluhan produk dengan jenama berbeza dijual, kesemuanya adalah dari kilang yang sama. Ada kilang di Thailand, Amerika dan sebagainya.
Dan mungkin anda perasan testimoni-testimoni produk yang digunakan adalah sama? Ini kerana testimoni-testimoni itu datang dari kilang yang sama, mereka mengguna pakai dan belum tentu ia berkesan untuk anda. Encik Ahmad X.
"Ingat, mereka bukannya mahu mencuba produk tersebut terlebih dahulu kepada ribuan malah puluhan ribuan pengguna di luar sana, sebelum menjual. Sedangkan ubat yang dihasilkan oleh doktor pun memerlukan ratusan kali ujikaji kepada ribuan pengguna sebelum ia dijual kepada umum".

“Suplemen, Bukan Ubat...!”
Penjual produk-produk kesihatan ini sendiri TIDAK menjamin keberkesanan. Oleh sebab itulah, apabila mahu mendapatkan lesen menjual di Malaysia, mereka TIDAK boleh menamakan produk kesihatan mereka sebagai UBAT, tetapi sebagai SUPLEMEN. Ini menunjukkan betapa mereka sendiri TIDAK yakin akan keberkesanan produk.Walaupun mereka kata ianya untuk tujuan marketing dan keselamatan, anda harus ingat, yang terkena adalah anda sebagai PENGGUNA. Encik Akmal Y
 
“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”
DKenapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal, yang belum tentu dijamin berkesan?Bukankah lebih baik jika kita mula menjaga kesihatan dari sekarang?
Puan BXXXX

"Bukankah mencegah dari produk kesihatan meragukan itu, lebih baik daripada merawat apabila sudah terkena 'musibah' kelak ?!"
NAUZUBILLAH! Minta dijauhkan dari penyakit berbahaya.

Sila sambung baca lagi mesej saya ini ....

Halal & GMP BUKAN Bermakna Ia Ubat Berkesan...
  • Tahukah anda, GMP bermaksud Good Manufacturing Practice ia bermaksud produk itu dihasilkan melalui kilang yang mengamalkan praktis pengilangan yang baik, kemas dan professional. Namun, ia bukanlah menjamin sejauh mana keberkesanan produk itu mengembalikan kesihatan anda.
  • Halal menurut JAKIM bermaksud pihak JAKIM sendiri telah membuat kajian bahawa produk-produk kesihatan yang dijual tidak mengandungi sebarang unsur haram mahupun kandungan mudarat. Tetapi ia hanya mengesahkan 'kehalalan'  sesebuah produk, bukannya keberkesanan.
  • Jika produk kesihatan itu berkesan mengembalikan kesihatan, TIADA JAMINAN bahawa ia tiada efek negatif untuk jangka panjang.
Saya bukan mahu menakut-nakutkan anda, tapi saya mahu anda berfikir dan menimbang ... bahawa

Contoh 1 : Pernah Dengar Vitamin B17? Ia Adalah RACUN!
  • Apa yang membimbangkan - ada puluhan produk kesihatan di Malaysia yang kononnya akan memberikan kesihatan kepada pengguna dengan dakwaan kononnya kaya dengan vitamin B-17.
  • Tapi hakikatnya ia adalah racun. Mahu tahu lebih lanjut? Sila teruskan bacaan di bawah ini...
Di atas adalah salah satu produk yang kaya dengan vitamin B-17 yang kononnya boleh merawat 101 macam jenis penyakit! (produk ini 'diblurkan' untuk tujuan keselamatan dan mengelakkan keaiban - rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Dengan hanya kaya B-17, ia mampu merawat dari penyakit kronik sehingga kepada anti-penuaan? Biar betul. Sedangkan pakar perubatan dan pakar kesihatan pun belum menjumpai penawar yang boleh merawat puluhan penyakit kronik walaupun bidang perubatan adalah bidang yang sangat saintifik dalam mengkaji ubat-ubatan sejak ratusan tahun dahulu lagi! Jika ia sudah terbukti, kenapa tidak diuji sendiri oleh doktor dan pakar perubatan di luar sana? Kenapa ia hanya dibuktikan oleh pengasas produk kesihatan tersebut? (- rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Doktor penipu mendakwa B-17 sebagai ubat!
Laetrile adalah nama saintifik bagi B-17, yang didakwa oleh Dr Earns T. Krebs dan mendakwa kononnya berjaya merawat penyakit kanser sekitar 50-an dan 60-an. Malah telah digunakan oleh ramai saintis. Ia langsung TIDAK diluluskan oleh pihak FDA (Food and Drug Administration - Pendaftaran Dadah dan Makanan di AMERIKA).
Dr Earns T. Krebs dan Dr Krebs Sr sudah terkenal sebagai doktor yang memalsukan penemuan dan kajian mereka, antaranya mendakwa pasrley boleh merawat selsema, batuk dan pneumonia sehingga memasarkannya di San Francisco sebagai ubat. Namun tembelang mereka pecah, apabila pada 1920-an, syarikat mereka dirampas atas dakwaan penipuan dan scam. Dan banyak lagi rekod buruk mereka.
Malah, Dr Ian MacDonald dan Dr Henry Garland (rujuk gambar di atas), kononnya telah membuat kajian tentang keberkesanan Laetrile atau 'vitamin B-17'. Tetapi akhirnya diketahui, mereka telah memalsukan penemuan dan kajian tersebut. Malah mereka juga orang yang sama mengatakan merokok itu tidak memudaratkan! Kalau dah penipu, memang penipu selamanya.
Maaf, ini adalah kisah benar yang berlaku di Amerika Syarikat...
(-Rujuk : https://www.chrisbeatcancer.com/b17-laetrile-alternative-cancer-treatment-suppressed-50-years/)

Cyanide adalah racun!
 Pernah dengar kesah Jonestown? Ada la dulu pada tahun 1970-an satu geng ajaran sesat yang dipanggil sebagai Peoples Temples yang diketuai oleh si tok guru Jim Jones yang akhirnya menyebabkan 909 mati katak kerana cyanide-poisoning (keracunan sianida). Tahukah anda, B-17 daripada biji aprikot boleh mengakibatkan keracunan sianida?!
(- rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Adakah anda mahu jadi sebegini? Nauzubillah. Ini adalah kematian disebabkan minum 'racun sianida', yang turut sama berpotensi diperolehi dari ekstrak biji aprikon. Sedangkan pihak FDA Ameria dan KKM sendiri tidak membenarkan vitamin B17, siapakah kita yang tiada latar belakang doktor untuk menafikan fakta ini?
Oleh itu, berhati-hati dalam menggunakan produk yang kononnya 'Vitamin B-17'!
Kesimpulannya, tiada bukti ia merawat kanser dan penyakit kronik.


Contoh 2 : Spirulina Sangat Popular, Tetapi ...
  • Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk kesihatan seperti spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. (-rujuk : http://drzubaidi.com/blog/?p=2623).
  • Setiap suplemen kesihatan yang dijual secara online, tidak semestinya ia sesuai untuk anda. Situasi setiap manusia adalah berbeza. Anda perlukan pakar kesihatan untuk menilai sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak.
  • Lihat antara kesan risiko spirulina yang dijual kepada umum:
Ini hanyalah sebahagian daripada risiko demi risiko dari ubat-ubatan yang dijual kepada umum, tidak kiralah oleh syarikat mana.
Apa yang kita bimbang, syarikat-syarikat tersebut lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan dan kebajikan pengguna produk.
Ingat, jika produk tersebut sudah tidak selamat lagi, adakah syarikat akan beroperasi? Sudah tentu amat payah!

Saturday, 18 July 2015

0

Selamat Menyambut Lebaran! Khas Dari SipanjangKata!

Assalamualaikum w.r.b


Kepada readers blog sipanjangkata ini, Khaiz mewakili team sipanjang ingin mengucapkan minal aidil wal faizin!!!! semoga ramadhan kita tahun ini memperoleh pahala berkali ganda dan bergembira dengan sepuas hati di aidilfitri ini! 

Selain itu, Khaiz nak mintak maaf pada ahli dan admin EFG: juga pada para pembaca sipanjangkata! Khaiz dan team sipanjang masing-masing sibuk dengan kerja ( real life mens at work! ) yang mana telah membataskan purata kerajinan kami menulis entry baru di blog ini... ;( 

 ( we're so sorry 'kay ) Ampun maaf dipinta, sepuluh jari disilang, ketupat rendang di hidang... assalamualaikum dan salam eid wal fitri! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA (AIK!!!) 


Pada yang otw @ dah balik @ nak balik @ nak pegi balik @ nak balik ke bandar, pandulah secara berhemah, ada insan menunggu anda! SALAM LEBARAN!