Skip to main content

LARI TV9 EPISOD 2 REVIEW

Assalamualaikum w.r.b

Oklah, untuk memulakan review saya hari ini saya nak cerita sikit cast diorang. Dengan  menampilkan Azwan Ali di samping artis-artis lain seperti Arja Lee, Aisya Hasnaa, Haris Alif dan Afiq Shazwan yang turut bertindak sebagai hos bersama. Rasanya dah boleh nampak peranan Azwan Ali dalam rancangan ni, riuh, menyusahkan, mengganggu orang itulah peranan beliau.. yang lain rasanya oklah... suam-suam kuku aja...

\
HARI NI Khaiz nak tarik balik kenyataan buang Azwan Ali! for me, i think there should several thing PD ( Producer Rancangan ) kena pertimbangkan untuk tambah baik lagi rancangan ni... antaranya;



1. Tambahkan waktu siaran, bro wa cita lu kalau setakat 45 minit memang tak cukup waktu korang nak start macam2 agenda dalam rancangan ni. patutnya diorang rancang 1 jam 25 minit baru best! also, 45 minit lebih masa tu kasi la dekat iklan2... yerlah iklan kan penting... ( gaya meluat Afdlin Shauki! )

2. Tiru macam RM.  bagi saya kalau nak tiru RM tolong kasi tiru 65% serupa. tapi jangan 100% tiru diorang. diorang tak ada batas pergaulan, tapi kita negara ISLAM kena ada batas pergaulan... first time tu wa respect sama Ajok sebab dia boleh tegur aisya hasnaa pasal sentuh2 ni... tapi dah dasar artis kan... ( tak semua tau! )

3. Hentikan game dengan NERF tu... korang tau kan NERF tu tak ada faedah langsung kalau nak kasi best game tu... tiru macam RM, gunakanlah water gun... tapi kalau nak guna nametag ripping tu tak digalakkan sebab mungkin ada clash ngan RM Korea so boleh saja korang gantikan dengan Armband Ripping. lebih kurang tapi tak sama......

4. Kalau boleh saya nak tengoklah LARI TV9 ni tak dimasukkan ahli perempuan sebab perempuan ni susah kita nak bergaul ( terutama yang beragama ISLAM! ) SO, memang susah kalau ahli2 lain nak main tarik2 nanti. buatnya tersentuh yang tak patut disentuh, kan dah jadi ISU.. tak pasal2 korang kena bantai dengan orang ramai... ( saya tegur tapi kalau tak nak dengar ikut koranglah... )

OKLAH! MEMANG KUAT SAYA BERCELOTEH KAN... TAPI SEBAGAI PEMINAT SETIA DAN RUNNERS SETIA RUNNING MAN, LARI TV9 BOLEH DIANGGAP BEST DAN OK! KEPADA AZWAN ALI, I'M SO SORRY CAUSE YOU ARE REALLY GOOD AS LARI TV9 MEMBERS NOW! THANKS YA'LL!

Comments

Popular posts from this blog

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

AFTER YEAR OF STUDYING

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera, selepas 2 tahun setengah Khaiz STOP ber blogging ni tangan dah jadi kaku n gementaq bak kata orang kedah nak menulis balik dalam blog kesayangan ni. Apa khabaq pembaca blog SIPANJANGKATA.blogger.com semua. Ye, Khaiz berhenti menulis blog dan fokus menulis thesis! tapi Khaiz dah siapkan thesis so tak payah la nak fokus kat pelajaran sangat kan. BTW, si pendek, si panjang dengan si hitam dah dihapuskan dari blog ni sebab masing-masing dah bizi dan ada anak bini so tak boleh la nak fokus sangat dengan kerja blogging Khaiz ni. apa-apa pun Khaiz harap income Nuffnang khaiz makin bertambah. Sebut pasal Nuffnang ni, Khaiz seribu kali tak percaya yang blog SIPANJANGKATA ni dah ada dekat RM300 selama 2 tahun khaiz tak menulis. Macam menyimpan duit syiling seposen seposen tetiba dah ada RM300!, sis dan bro-2 yang pro-pro tolong ajarkan macammana nak keluarkan duit seketul dari NUFFNANG Ni plleeeasseee!!!!!!!! sapa tolong Khaiz k...