Skip to main content

Maharaja Lawak Mega 2014 ke WWE ni???


Bismillahhirrahmanirrahim...



....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....



Pembuka bicara, penawar jiwa, pelembut hati, penanggal benci.


Assalamualaikum w.r.b sahabat...


MACAMMANA NABIL BOLEH DAPAT TEMPAT KE 3 MLM 2014?


  Semalam saya layanlah Maharaja Lawak Mega 2014, saya rasa macam menonton siaran WWE la pulak. WWE ni memang orang dah tahu yang semuanya lakonan semata-mata dan setiap lakonan tu ambil latihan yang amat panjang. Masa pengumuman pemenang MLM 2014 tu. Saya dah agak yang Zero akan menjadi juara dan Nabil akan menjadi tempat ke-3 manakala Sepahtu akan dapat gelaran naib juara. ( Masa tu aku dah boleh agak siapa yang akan menang tau... kata Si PANJANG )

Nampak gaya Astro pun dah mula guna teknik Brainwashing dalam siaran mereka. Diorang gunakan teknik ni demi menarik penonton mengundi Zero untuk memenangkan kumpulan tersebut. ( Ni sebab Astro nak perluaskan siaran diorang di Sabah lah ni... ) Saya nampak sangat-sangat yang peserta MLM 2014 yang lain tak buat persembahan bersungguh-sungguh. Cuma Sepahtu yang buat persembahan yang baik ( Betul..Betull..Betul... kata Si PANJANG ).


Lagi saya pelik wal annoying yang amat, persembahan Nabil yang suam-suam kuku lagilah membuatkan saya panas apabila mendapat 5 bintang dan 4 bintang yang mana sangat-sangat tak kelakor kata orang ( Hai, kau tiba-tiba jadi orang Perak apasal ni?) Nabil memang sangat beruntung, dua tahun berturut-turut masuk final dan kali pertama menang 50,000 sorang-sorang dia dan kali ni 150,000 pulak. Bocey yang dapat tempat kelima dapat sorang 5,000 aja. APAHAL!!!! bagi saya persembahan Bocey lagi baik dari Bersin Si NABIL yang buat lawak bodoh malam final tu.

Apapun yang buat saya lagi frust dan panas! ( Wah... panas sungguh post kau kali ni Khaiz... kau tak takut kena gam ker? ) Macammana persembahan kali ni dah tak nampak macam Final MLM 2014 dah... final dulu-dulu memang hebat yang amat. Kali ni kecuali persembahan Sepahtu dan Zero yang lain semua suam-suam kuku saja. Walaupun begitu, saya rasa Zero layak dan berhak lagi MENGEHAKKAN DAN MENGKAHAKKAN peserta lain dengan gelaran juara yang diorang rangkul. So TAHNIAH AND CONGRATS TO ZERO ( Yeah, from 0 to Hero to Zero. ).


Sekian ( MEMANG PANAS SIKIT SAYA HARI NI... TAPI APAHAL PUN NI BLOG SAYA KAN.. KAN.. KAN.. )

Comments

Popular posts from this blog

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

AFTER YEAR OF STUDYING

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera, selepas 2 tahun setengah Khaiz STOP ber blogging ni tangan dah jadi kaku n gementaq bak kata orang kedah nak menulis balik dalam blog kesayangan ni. Apa khabaq pembaca blog SIPANJANGKATA.blogger.com semua. Ye, Khaiz berhenti menulis blog dan fokus menulis thesis! tapi Khaiz dah siapkan thesis so tak payah la nak fokus kat pelajaran sangat kan. BTW, si pendek, si panjang dengan si hitam dah dihapuskan dari blog ni sebab masing-masing dah bizi dan ada anak bini so tak boleh la nak fokus sangat dengan kerja blogging Khaiz ni. apa-apa pun Khaiz harap income Nuffnang khaiz makin bertambah. Sebut pasal Nuffnang ni, Khaiz seribu kali tak percaya yang blog SIPANJANGKATA ni dah ada dekat RM300 selama 2 tahun khaiz tak menulis. Macam menyimpan duit syiling seposen seposen tetiba dah ada RM300!, sis dan bro-2 yang pro-pro tolong ajarkan macammana nak keluarkan duit seketul dari NUFFNANG Ni plleeeasseee!!!!!!!! sapa tolong Khaiz k...