Skip to main content

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...



KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...


 Sebelum ni saya dah ceritakan mengenai sebab dan penyebab saya menulis blog ni dan yang seangkatan dengannya. Salah satu sebab yang saya utarakan ( Si PANJANG tanya, sebab apa tak ditimurkan ker? dibaratkan ker tapi diutarakan... ada sesiapa yang boleh jawab?) termasuklah nak berkongsi tips untuk belajar. 

Okeylah, sedikit kisah tentang peribadi ( Profile bak Kata Si PANJANG versi Orang Putih ) saya. Saya bukanlah budak yang terpandai atau terbijak (Mahupun yang terkacak... ) ketika menuntut di Sekolah dahulu. Ponteng sekolah macam orang lain juga, malas turun kantin waktu rehat macam orang lain juga, PANJANG KATA " I'm not different from others, but i'm different from someone " ( Ni pun Si PANJANG versi Orang Putih juga ).


 Tapi masalah yang tidak menjadi masalah bagi saya tapi menjadi masalah buat orang sekeliling saya yang mana berkenaan ( Maksudnya para guru, rakan dan pengetua setiap sekolah yang saya hadiri ) ialah kuat tidur dalam kelas. Malah kelas Favourite saya iaitu Kelas Sejarah dan Bahasa Inggeris juga saya tidur ketika cikgu mengajar. Tapi Alhamdulillah, saya tak pernah fail dalam exam mana-mana pun. ( Iya Ker? Si PANJANG menyoal saya pulak... ). Sekarang ni, kalau di sekolah saya sekarang sebut saja nama saya mesti para penghuni sekolah tersebut kenal saya. " Owh... Si PANJANG yang kuat tidur dalam kelas tu... budak tu malas, kuat tidur, tapi bab belajar boleh masuk pulak dalam kepala dia " contoh ayat para penghuni itu. So, sekarang perkara ni dah tak jadi masalah sebab saya dah habis sekolah pun. Tinggallah ia menjadi kenangan, bak kata P. Ramlee " Barang Yang Lepas Jangan Dikenang " haaa.... yang ni saya sangat setuju... 

" Ya Allah!, yang kau sibuk luah perasaan tu apasal? kau kata nak bagi tips belajar kan? kau dah melalut entah ke mana tu..." Suara diri sendiri dah berbunyi..... Okeylah, tipsnya mudah dan berkesan....

 1. Korang baca buku teks Sejarah selalunya jadilah kejadian seperti ZZZZZZ..... ( Bosan ker baca catatan ni... hehehhe ni bukan Buku Sejarah wahai pembaca yer.... ) Cuba korang buka satu bab, then korang bayangkan sebuah cerita yang berlaku di zaman dahulu kala... Then cuba tambahkan watak korang sendiri dalam peristiwa sejarah tersebut... comfirm korang boleh ingat sampai akhir hayat punya... 

        CONTOH TEKNIK MENGHAFAL PERISTIWA SEJARAH STPM            PENGGAL 3


             DIPONEGORO ( TOKOH INDONESIA ) KENA TIPU DENGAN LAN TODAK


   Korang boleh nampak kan apa yang dah berubah dalam teks sejarah ni,... saya masukkan watak saya sendiri iaitu LAN TODAK ( " Dak-dak panggil aku LAN TODAK " Si PANJANG mengajuk Lan Todak la pulak... ) LAN TODAK ni jahat.... jahat sungguh.... dia ni berlawanan dengan peribadi DIPONEGORO ( saya gelarkan nama baru kepada DIPONEGORO iaitu DIPO NEGRO... faham-fahamlah... ) DIPO NEGRO seorang tokoh ulamak Indonesia, LAN TODAK ni pulak tokoh yang buruk-buruk pada orang-orang yang seburuk lakunya seperti LAN TODAK... selitkan watak rekaan anda dalam setiap peristiwa penting dalam peristiwa sejarah tersebut... DIPO NEGRO ditipu Belanda mengenai warisan takhtanya... selitkanlah tentang si LAN TODAK yang jahat ni sebagai orang Belanda yang menipu DIPO NEGRO... 

Tudya ( Loghat Kedah, Penang macam tu lah... ) dah dekat pukul berapa ni... tak siap nak pergi solat maghrib lagi ni....( Alasan la tu... nak sambung esok lah tu... Sambunglah esok kerjanya lah tu.... ) Anyways, sabar sekejap ya sahabat... Relaks my friend, banyak lagi catatan yang akan menyusul tiba... ( Saya tahu korang akan bosan kalau tulis lagi banyak... lagipun Si PANJANG dah memekik memanggil-manggil.... ) Hah... tips di atas anda boleh cuba, mana tahu sesuai dengan korang... 

PS: TIPS DI ATAS HANYA UNTUK ORANG YANG KUAT TIDUR DALAM KELAS TETAPI MEMPUNYAI AKAL YANG ( Mungkin ) FIRST CLASS! SPECIAL UNTUK PARA KAUM LELAKI ( Jugak Mungkin, kadang-kadang PEREMPUAN pun first class jugak ).

SEKIAN ( FUHHHH...FUHHH!!!! DOUBLE LEGANYA... )












Comments

Post a Comment

Silakan komen jangan nak malu malu tapi kalau komen tu jagalah bahasa yang digunakan.. sebab bahasa menunjukkan bangsa dan budaya serta agama dan segalanya... jangan sampai ditanya di sana mengapa komen tak tentu adat sudah... Satu Lagi! Kalau Tak Komen Pendek Umur kata Pak Belalang... hehehehehe...

Popular posts from this blog

Contoh Kerja Kursus Kesusteraan Melayu Komunikatif Penggal 3

Menjelang Penggal 3 buat pelajar STPM setiap tahun, antara kerja kursus yang paling mudah tetapi sukar difahami pelajar bagaimana cara untuk membuat persembahan multimedia yang baik. Jadi Si Pendek akan berkongsi sedikit mengenai kerja kursus ini. MULTIMEDIA DALAM KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF HASIL PEMBELAJARAN  Pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep,fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera. 2. Menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.     Contoh Persembahan Multimedia menggunakan Powerpoint Ini ialah hasil terbaik pelajar STPM 2014 jadi gunakan sebagai panduan dalam menghasilkan multimedia anda. http://www.mediafire.com/download/4px7ts59th6b19h/

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,