Skip to main content

ASYIK PENDEK JA, HA SEKARANG PANJANG NAK KATA PULAK

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...




Asyik Pendek Aje Yang Cakap, Sekarang Panjang Pula Nak Berkata-Kata...



Mula-mula sekali saya perkenalkan diri saya dulu sebagai muqadimah dalam blog pertama yang saya betul-betul serius dan dengan penuh tekad nak pastikan blog ni terus kekal maju, hebat, dan diminati ramai. PANJANG KATA, wuisshh HAIBAT lar Brother!..

Al-Maklum, nama saya KhaizHalimi. Umurnya rahsia, tempat tinggalnya rahsia, berat badannya rahsia, ishh kalau semua dah rahsia benda apa yang bukan rahsia. Ha... ni yang nak cerita ni. Hidup saya macam orang-orang biasa juga la. Tamat pengajian di Sekolah Menengah ( STPM ) terus ada waktu luang untuk buat kerja sambilan. Bagi saya kerja yang dipilih ialah Brother (Abang-abang:- Bukan abang gangster...) Murabbi. Murabbi ni kerja dia jaga bebudak asrama sekolah dan pastikan diorang punya hal ehwal terjaga dan terjamin. Dah macam bodyguard yer...




 Tapi Murabbi ni pada awalnya agak susah bagi saya yang tak pernah tinggal di asrama dan rasa macam alien masuk bumi pulak KATA SI PANJANG. Iyalah, Murabbi ni kena bangun seawal 5 pagi untuk siapkan anak-anak buah solat subuh dan pergi kelas harian. Memang dah macam para Ibu pula kerja Murabbi ni , tapi perlahan-lahan saya dapat sesuaikan diri dan memang selepas anak-anak buah ke kelas waktu tu ialah waktu free untuk buat apa saja yang saya nak.(Kecuali kalau ada kerja yang tertunggak la...)

"Dah-dah jangan nak buat luahan perasaan sangat" kata diri saya kepada diri sendiri. Ha ha ha... okeylah, berbalik kepada topik di atas. Kenapa blog ni dipanggil MAAF KATA, PANJANG CAKAP dan Url blog ni pulak sipanjangcakap.blogspot.com. Kita dah terbiasa dengan Si Pendek yang suka berkata-kata dengan taglinenya PENDEK KATA. Tapi Si PANJANG tak pernah-pernah orang bincangkan pula. Mungkin kebanyakan Si PANJANG ni pendiam dan pemalu agaknya. Lagi satu, saya menulis blog ini ada sebab yang banyak; nak kongsi pengalaman, nak bagi tips belajar, nak promote produk dan tak lupa nak promote diri sendiri.

Itu baru sikit, sebenarnya saya dah sediakan list sebanyak 71 jenis sebab saya menulis. Bak Kata Si PANJANG, macam lagu Ramli Sarip la, "AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA"... betulkah saya menulis bukan kerana nama, mungkin betul mungkin tidak. Manusia ni kita tak boleh agak sifatnya. Kekadang baik, kekadang kurang baik.

  "THERE IS NO PERFECTIONIST WHO DID'NT HAVE FLAW, BUT THEY TRY TO PERFECT THEIR FLAW" kata Si PANJANG yang saya kenal. Si PANJANG di sini tidak merujuk kepada seseorang, tetapi ia merujuk kepada seseorang yang saya seorang sahaja kenali. Kalau ada yang terkenal atau mengenali Si PANJANG yang saya rujukkan, ia tiada kena mengena dengan watak Si PANJANG yang hidup mahupun yang dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Relaks my friend, Nama Blog ni pun PANJANG CAKAP, Memang panjang la isi yang nak diceritakan disini. Tapi bagi yang terasa atau jadi bosan dengan catatan yang saya tulis di sini, saya ucapkan MAAF KATA, PANJANG (sangat ker?) CAKAP.

SEKIAN.... (DAH habis PUN... Fuhhhh!....)

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Kerja Kursus Kesusteraan Melayu Komunikatif Penggal 3

Menjelang Penggal 3 buat pelajar STPM setiap tahun, antara kerja kursus yang paling mudah tetapi sukar difahami pelajar bagaimana cara untuk membuat persembahan multimedia yang baik. Jadi Si Pendek akan berkongsi sedikit mengenai kerja kursus ini. MULTIMEDIA DALAM KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF HASIL PEMBELAJARAN  Pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep,fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera. 2. Menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.     Contoh Persembahan Multimedia menggunakan Powerpoint Ini ialah hasil terbaik pelajar STPM 2014 jadi gunakan sebagai panduan dalam menghasilkan multimedia anda. http://www.mediafire.com/download/4px7ts59th6b19h/

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim... ....بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.... Assalamualaikum W.R.T Sahabat... KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...  Sebelum ni saya dah ceritakan mengenai sebab dan penyebab saya menulis blog ni dan yang seangkatan dengannya. Salah satu sebab yang saya utarakan ( Si PANJANG tanya, sebab apa tak ditimurkan ker? dibaratkan ker tapi diutarakan... ada sesiapa yang boleh jawab?) termasuklah nak berkongsi tips untuk belajar.  Okeylah, sedikit kisah tentang peribadi ( Profile bak Kata Si PANJANG versi Orang Putih ) saya. Saya bukanlah budak yang terpandai atau terbijak (Mahupun yang terkacak... ) ketika menuntut di Sekolah dahulu. Ponteng sekolah macam orang lain juga, malas turun kantin waktu rehat macam orang lain juga, PANJANG KATA " I'm not different from others, but i'm different from someone " ( Ni pun Si PANJANG versi ...