Skip to main content

YJS teringin nak ada anak perempuan

Salam muhibbah saya ucapkan
Salam diberi dengan indah
sentiasalah solat itu dilakukan
supaya urusanku menjadi mudah

Assalamualaikum w.r.b

"Aku teringin mendapatkan anak perempuan..." itu ialah ayat yang diucapkan Yoo Jae Suk ketika penggambaran rancangan The Infinity Challenge ( TIC ) episod terbaru yang bertemakan Hari Penjagaan Kanak-Kanak. YJS menyatakan hal ini selepas dia menerima bantuan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ha Yool dalam rancangan tersebut. YJS berasa kekok apabila menjadi pekerja di Taska kanak-kanak apabila seorang kanak-kanak menangis dengan kuat, nasib baik Ha Yool, 4 tahun datang menolong dan meminta YJS tisu. YJS beranggapan Ha Yool akan menggunakan tisu itu untuk dirinya sendiri, YJS tersentuh apabila Ha Yool mengelap air mata kanak-kanak menangis tersebut.



Ha Yool terus menolong YJS dalam pekerjaannya menjaga kanak-kanak lain, mereka mulai rapat ketika bersama dan saling tolong menolong. " Kamu memang banyak tolong saya hari ni.." ucap YJS. Setelah semua kanak-kanak pulang, YJS dan Ha Yool masih menunggu ibunya untuk dijemput pulang. Ha Yool membisikkan ke telinga YJS sesuatu seolah-olah mereka berkongsi rahsia yang besar. Bila Ha Yool ingin pulang, YJS tidak dapat menahan sedihnya untuk berpisah dengan Ha Yool, dia memintanya untuk memeluk YJS dan Ha Yool melakukannya disertai dengan ciuman di pipi YJS. Sejurus selepas  itu, YJS mengucapkan " Aku teringin nak dapatkan anak perempuan..." maka bermulalah kisah seorang ayah yang bakal berusaha untuk mendapatkan anak perempuan.

(Si PANJANG menangis terharu tersedu sedan menahan sedih melihat babak perpisahan mereka... woi kau jangan kacau aku layan perasaan ni... Si PANJANG kata..)

Comments

Popular posts from this blog

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam? Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini .   Jawapan ada di sini!! Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri. Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Rentetan Sejarah Asal Usul Toukatsu Series

Kemungkinan readers SiPanjangKata ni dah boleh agak yang sebenarnya Khaiz dan Members sebenarnya peminat tegar Toukatsu Super Series.  Apa benda tu Toukatsu Super Series? singkatan mudah untuk ayat atas ni ialah TKS ye pas ni Khaiz tulis. TKS ni merupakan siri TV pahlawan magik dengan identiti bertopeng atau dipanggil Kamen dan selalunya setiap siri ada tema dan plot cerita yang menarik.  TKS memang sangat banyak siri TV yang dikeluarkan dan setiap siri mempunyai pelbagai target penonton sendiri. Ada yang di rated R, PG13,Kids dan juga SR. Khaiz citer panjang-panjang (pendekkan la Khaiz pening orang baca oi) sebenarnya TKS ni ialah Kamen Rider, Super Sentai atau generasi Boomerz semua panggil Masked Rider dan Power Ranger.  Ha, legenda Kuuga, 555, Ryuki untuk KR Series sapa yang tak pernah dengar.... Peminat siri SS pasti ingat Morphin Ranger, Dino Ranger ataupun Time Ranger. Pergh, waktu Khaiz kecik-kecik dulu Khaiz paling frust menonggeng pasal tak dapat ten...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,