Skip to main content

RM ; Luhan Dan Wu Yi Fang ( Kris )

Assalamualaikum w.r.b

HUB BAKAL TAMPILKAN DUA BEKAS AHLI EXO

Baru-baru ni, pihak media China buat press statement yang Luhan dan Kris ( EXO ) akan ikut serta dalam filming Hurry Up Brothers! ( RM versi China ) 

Berita ini diketahui melalui berita dari staff HUB yang meng-upload gambar casting HUB musim ke-2 dan juga nama Luhan dan Kris sebagai guest episod baru musim ke-2 ini. 

Industri hiburan Korea juga kecoh dengan perihal kedua-dua bintang muda ini yang mempunyai konflik dengan syarikat pengurusan mereka; SMTown dimana mereka mahukan termination contract manakala SMTown mendakwa kedua-dua mereka yang meninggalkan EXO telah melanggar kontrak.


Episod musim ke-2 HUB dijadualkan memulakan filming pada 9-13 Mac ini di Chengdu, China berdasarkan apa yang dinyatakan staff HUB tersebut.

(HUB memang ada feel tersendiri berbanding RM, cubaan diorang untuk buat RM versi China memang menangkap. Tapi kalau Malaysia pulak buat entahlah... ; Si PANJANG kata...)

Comments