Skip to main content

Tahun ini tahun Duka ke-2

Salam mulia bicara dibuka
Salam diberi penuh dengan hormat
Walau penuh suka duka
Kita berdoa supaya peroleh rahmat

Assalamualaikum w.r.b

Tahun 2014 ialah tahun duka apabila kita diuji dengan pelbagai musibah, antaranya Kehilangan dan kemusnahan pesawat #prayformh370andmh17, banjir di pantai timur #prayforpantaitimur dan lain-lain. Namun tahun ini saya merasakan bahawa tahun ini juga merupakan tahun Duka apabila kita kehilangan tokoh dan manusia yang sangat berjasa kepada Islam dan Malaysia; beliau ialah Tuan Guru Dato' Seri Betara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.
      Saya seorang yang amat menyayangi ulama' disebabkan mereka ialah pewaris nabi Muhammad S.A.W, dan kepergian TGNA amat menyayat hati saya walaupun sudah hampir sebulan beliau meninggal dunia. Sebelum kematian TGNA, Datuk Hasbullah Awang; pengulas sukan negara kita pergi lebih awal sebelum arwahnya TGNA. Al Fatihah buat kedua-duanya, semoga roh mereka dicucuri rahmat.

(Si PANJANG makin sebak ketika saya menulis entry ini... sabar PANJANG...)

Comments

Popular posts from this blog

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...

Drama Takdir Yang Tertulis! Sungguh Sakit Hati!

Hari ni Khaiz nak sound skit pasal drama yang disiarkan di TV9. Masyallah... geram Khaiz tak habis-habis kat si suami heroin ni. Macam... p..  Skang dah carut kan.. (Hoi Khaiz sabau laaa. Panjang pon geram gak!). Dah la mak ori si Mika ni bangang siot, si Juweta satu hal!  Oh ya inilah contoh perasaan yang Khaiz rasa masa tengok citer ni. Khaiz pon tak tahu macammana Khaiz boleh hooked sgt dengan citer ni. Khaiz ni tak selalu layan Drama-drama melayu sbb terlalu membuatkan Khaiz emosional.  Asal dari Khaiz punya anak saudara lelaki (Kimi ni la punca) yang buat Khaiz hooked bila dia beria ria ceritakan sinopsis bagai hero la heroin la mak mika mak mertua heroin yg la...  la. Skarang satu famili Khaiz depan TV9 pukul 9.30mlm. Ish Ish Ish!  ps: Orang Gaji Jongang dia..... aq x boleh la (Panjang hold me! hold me!)