Skip to main content

Berdosa Kalau Tak Bagitahu Anda!

Berdosalah Saya Jika Saya Rahsiakan Fakta-Fakta Ini
Sebagai seorang Islam, amatlah berdosa kepada saya jika saya menyembunyikan fakta sebenar. Saya mahu anda semua tahu apa yang saya tahu - dan selepas itu anda buat pertimbangan anda sendiri.

BAHAYA Beli Suplemen Kesihatan TANPA Nasihat Doktor...
  • Akan memberikan efek lain sebagai kesan sampingan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
  • Setiap suplemen kesihatan yang dijual secara online, tidak semestinya ia sesuai untuk anda. Situasi setiap manusia adalah berbeza. Anda perlukan pakar kesihatan untuk menilai sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak.
  • Walaupun ia sekadar minuman seperti kopi untuk 'kejantanan' dan kesihatan, anda perlu siasat. Jika rujuk pada testimoni, memanglah semuanya baik. Bagaimana dengan mereka yang mengalami perkara negatif, adakah sanggup mereka sebarkan kepada umum? Sudah tentu tidak! Mereka pasti akan diamkan.
  • Sudah banyak rekod kesan sampingan untuk sebahagian produk kesihatan yang dijual - yang tidak diceritakan kepada umum.
  • Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada mangsa 'ketamakan' sesetengah pihak?
Coretan saya ini pasti akan TIDAK digemari oleh mereka yang menjual suplemen kesihatan dan pelbagai jus minuman yang dikatakan 'kononnya' terbukti merawat pelbagai penyakit. Saya terpaksa bersikap jujur, demi kebaikan anda semua rakyat Malaysia. (dalam masa yang sama, saya tidak menafikan mungkin ada suplemen yang benar-benar berkesan untuk mengembalikan kesihatan anda yang tertentu. Wallahu a'lam).
Betul, makan makanan kesihatan juga orang kata, sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk sihat. Tapi, AWAS! Mungkin usaha kita itu menjurus dan menjebakkan kita ke dalam 'lembah kebinasaan'. Oleh itu, saya nasihatkan anda berhati-hati dengan ubat-ubatan atau suplemen kesihatan yang dijual di luar sana, tanpa nasihat doktor.

“20 Produk Jenama Lain, Tapi Hasil Dari Kilang Yang Sama...”
Rakan saya yang diberi nama sebagai encik Ahmad, mempunyai rakan-rakan yang menjual produk kesihatan dan kecantikan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah, walaupun puluhan produk dengan jenama berbeza dijual, kesemuanya adalah dari kilang yang sama. Ada kilang di Thailand, Amerika dan sebagainya.
Dan mungkin anda perasan testimoni-testimoni produk yang digunakan adalah sama? Ini kerana testimoni-testimoni itu datang dari kilang yang sama, mereka mengguna pakai dan belum tentu ia berkesan untuk anda. Encik Ahmad X.
"Ingat, mereka bukannya mahu mencuba produk tersebut terlebih dahulu kepada ribuan malah puluhan ribuan pengguna di luar sana, sebelum menjual. Sedangkan ubat yang dihasilkan oleh doktor pun memerlukan ratusan kali ujikaji kepada ribuan pengguna sebelum ia dijual kepada umum".

“Suplemen, Bukan Ubat...!”
Penjual produk-produk kesihatan ini sendiri TIDAK menjamin keberkesanan. Oleh sebab itulah, apabila mahu mendapatkan lesen menjual di Malaysia, mereka TIDAK boleh menamakan produk kesihatan mereka sebagai UBAT, tetapi sebagai SUPLEMEN. Ini menunjukkan betapa mereka sendiri TIDAK yakin akan keberkesanan produk.Walaupun mereka kata ianya untuk tujuan marketing dan keselamatan, anda harus ingat, yang terkena adalah anda sebagai PENGGUNA. Encik Akmal Y
 
“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”
DKenapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal, yang belum tentu dijamin berkesan?Bukankah lebih baik jika kita mula menjaga kesihatan dari sekarang?
Puan BXXXX

"Bukankah mencegah dari produk kesihatan meragukan itu, lebih baik daripada merawat apabila sudah terkena 'musibah' kelak ?!"
NAUZUBILLAH! Minta dijauhkan dari penyakit berbahaya.

Sila sambung baca lagi mesej saya ini ....

Halal & GMP BUKAN Bermakna Ia Ubat Berkesan...
  • Tahukah anda, GMP bermaksud Good Manufacturing Practice ia bermaksud produk itu dihasilkan melalui kilang yang mengamalkan praktis pengilangan yang baik, kemas dan professional. Namun, ia bukanlah menjamin sejauh mana keberkesanan produk itu mengembalikan kesihatan anda.
  • Halal menurut JAKIM bermaksud pihak JAKIM sendiri telah membuat kajian bahawa produk-produk kesihatan yang dijual tidak mengandungi sebarang unsur haram mahupun kandungan mudarat. Tetapi ia hanya mengesahkan 'kehalalan'  sesebuah produk, bukannya keberkesanan.
  • Jika produk kesihatan itu berkesan mengembalikan kesihatan, TIADA JAMINAN bahawa ia tiada efek negatif untuk jangka panjang.
Saya bukan mahu menakut-nakutkan anda, tapi saya mahu anda berfikir dan menimbang ... bahawa

Contoh 1 : Pernah Dengar Vitamin B17? Ia Adalah RACUN!
  • Apa yang membimbangkan - ada puluhan produk kesihatan di Malaysia yang kononnya akan memberikan kesihatan kepada pengguna dengan dakwaan kononnya kaya dengan vitamin B-17.
  • Tapi hakikatnya ia adalah racun. Mahu tahu lebih lanjut? Sila teruskan bacaan di bawah ini...
Di atas adalah salah satu produk yang kaya dengan vitamin B-17 yang kononnya boleh merawat 101 macam jenis penyakit! (produk ini 'diblurkan' untuk tujuan keselamatan dan mengelakkan keaiban - rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Dengan hanya kaya B-17, ia mampu merawat dari penyakit kronik sehingga kepada anti-penuaan? Biar betul. Sedangkan pakar perubatan dan pakar kesihatan pun belum menjumpai penawar yang boleh merawat puluhan penyakit kronik walaupun bidang perubatan adalah bidang yang sangat saintifik dalam mengkaji ubat-ubatan sejak ratusan tahun dahulu lagi! Jika ia sudah terbukti, kenapa tidak diuji sendiri oleh doktor dan pakar perubatan di luar sana? Kenapa ia hanya dibuktikan oleh pengasas produk kesihatan tersebut? (- rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Doktor penipu mendakwa B-17 sebagai ubat!
Laetrile adalah nama saintifik bagi B-17, yang didakwa oleh Dr Earns T. Krebs dan mendakwa kononnya berjaya merawat penyakit kanser sekitar 50-an dan 60-an. Malah telah digunakan oleh ramai saintis. Ia langsung TIDAK diluluskan oleh pihak FDA (Food and Drug Administration - Pendaftaran Dadah dan Makanan di AMERIKA).
Dr Earns T. Krebs dan Dr Krebs Sr sudah terkenal sebagai doktor yang memalsukan penemuan dan kajian mereka, antaranya mendakwa pasrley boleh merawat selsema, batuk dan pneumonia sehingga memasarkannya di San Francisco sebagai ubat. Namun tembelang mereka pecah, apabila pada 1920-an, syarikat mereka dirampas atas dakwaan penipuan dan scam. Dan banyak lagi rekod buruk mereka.
Malah, Dr Ian MacDonald dan Dr Henry Garland (rujuk gambar di atas), kononnya telah membuat kajian tentang keberkesanan Laetrile atau 'vitamin B-17'. Tetapi akhirnya diketahui, mereka telah memalsukan penemuan dan kajian tersebut. Malah mereka juga orang yang sama mengatakan merokok itu tidak memudaratkan! Kalau dah penipu, memang penipu selamanya.
Maaf, ini adalah kisah benar yang berlaku di Amerika Syarikat...
(-Rujuk : https://www.chrisbeatcancer.com/b17-laetrile-alternative-cancer-treatment-suppressed-50-years/)

Cyanide adalah racun!
 Pernah dengar kesah Jonestown? Ada la dulu pada tahun 1970-an satu geng ajaran sesat yang dipanggil sebagai Peoples Temples yang diketuai oleh si tok guru Jim Jones yang akhirnya menyebabkan 909 mati katak kerana cyanide-poisoning (keracunan sianida). Tahukah anda, B-17 daripada biji aprikot boleh mengakibatkan keracunan sianida?!
(- rujuk www.AididMuaddib.blogspot.com)

Adakah anda mahu jadi sebegini? Nauzubillah. Ini adalah kematian disebabkan minum 'racun sianida', yang turut sama berpotensi diperolehi dari ekstrak biji aprikon. Sedangkan pihak FDA Ameria dan KKM sendiri tidak membenarkan vitamin B17, siapakah kita yang tiada latar belakang doktor untuk menafikan fakta ini?
Oleh itu, berhati-hati dalam menggunakan produk yang kononnya 'Vitamin B-17'!
Kesimpulannya, tiada bukti ia merawat kanser dan penyakit kronik.


Contoh 2 : Spirulina Sangat Popular, Tetapi ...
  • Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk kesihatan seperti spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. (-rujuk : http://drzubaidi.com/blog/?p=2623).
  • Setiap suplemen kesihatan yang dijual secara online, tidak semestinya ia sesuai untuk anda. Situasi setiap manusia adalah berbeza. Anda perlukan pakar kesihatan untuk menilai sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak.
  • Lihat antara kesan risiko spirulina yang dijual kepada umum:
Ini hanyalah sebahagian daripada risiko demi risiko dari ubat-ubatan yang dijual kepada umum, tidak kiralah oleh syarikat mana.
Apa yang kita bimbang, syarikat-syarikat tersebut lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan dan kebajikan pengguna produk.
Ingat, jika produk tersebut sudah tidak selamat lagi, adakah syarikat akan beroperasi? Sudah tentu amat payah!

Comments

Popular posts from this blog

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

AFTER YEAR OF STUDYING

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera, selepas 2 tahun setengah Khaiz STOP ber blogging ni tangan dah jadi kaku n gementaq bak kata orang kedah nak menulis balik dalam blog kesayangan ni. Apa khabaq pembaca blog SIPANJANGKATA.blogger.com semua. Ye, Khaiz berhenti menulis blog dan fokus menulis thesis! tapi Khaiz dah siapkan thesis so tak payah la nak fokus kat pelajaran sangat kan. BTW, si pendek, si panjang dengan si hitam dah dihapuskan dari blog ni sebab masing-masing dah bizi dan ada anak bini so tak boleh la nak fokus sangat dengan kerja blogging Khaiz ni. apa-apa pun Khaiz harap income Nuffnang khaiz makin bertambah. Sebut pasal Nuffnang ni, Khaiz seribu kali tak percaya yang blog SIPANJANGKATA ni dah ada dekat RM300 selama 2 tahun khaiz tak menulis. Macam menyimpan duit syiling seposen seposen tetiba dah ada RM300!, sis dan bro-2 yang pro-pro tolong ajarkan macammana nak keluarkan duit seketul dari NUFFNANG Ni plleeeasseee!!!!!!!! sapa tolong Khaiz k...