Berdosalah Saya Jika Saya Rahsiakan Fakta-Fakta Ini Sebagai seorang Islam, amatlah berdosa kepada saya jika saya menyembunyikan fakta sebenar. Saya mahu anda semua tahu apa yang saya tahu - dan selepas itu anda buat pertimbangan anda sendiri. BAHAYA Beli Suplemen Kesihatan TANPA Nasihat Doktor... Akan memberikan efek lain sebagai kesan sampingan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Setiap suplemen kesihatan yang dijual secara online, tidak semestinya ia sesuai untuk anda. Situasi setiap manusia adalah berbeza. Anda perlukan pakar kesihatan untuk menilai sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak. Walaupun ia sekadar minuman seperti kopi untuk 'kejantanan' dan kesihatan, anda perlu siasat. Jika rujuk pada testimoni, memanglah semuanya baik. Bagaimana dengan mereka yang mengalami perkara negatif, adakah sanggup mereka sebarkan kepada umum? Sudah tentu tidak! Mereka pasti akan diamkan....