Skip to main content

Review Moonlight Sculptor. Game best buat masa ni!!

 Assalamualaikumm semua!....

Dah lama Khaiz tak menulis last last post jugak harini. Bukan apa lama sangat tak berblogging sampai tangan dan jari habis kebas nak taip balik haha. Oklah tak nak lengah masa, kita cerita pasal post hari ni ya. 

Hari ni Khaiz nak review apps android yang sangat-sangat menghabiskan masa Khaiz ketika musim PKP,PKPB,PKPC,PKPDP atau segala hal ehwal PP yang berkaitan. App atau game yang Khaiz nak review ialah MOONLIGHT SCULPTOR ONLINE atau user dorang panggil sebagai MLS (malas ke haha).


Walaupun MLS tapi game ni kena gigih tau nak main, macam segala jenis Real Person Game (RPG) yang lain game ni sangat memerlukan perhatian kita untuk sentiasa main dan online kalau nak achieve sesuatu. Sebagai contoh kalau kita nak naik level tinggi, kita kena bunuh monster, buat quest dan sehaluan dengannya. 

MLS ni ada term term yang gamer perlu tahu kalau nak achieve sesuatu dalam nya. Kalau nak jadi seorang yang ahli dalam membuat senjata, kena rajin cari material (bahan-bahan) senjata tersebut. Kalau nak jadi tukang masak, pon kena usaha cari bahan dia jugak. Walaupun game ni disebut sebagai F2P (free to play) dia tetap perlukan P2W (play to win) punya feature supaya anda yang dah siap bayar duit sewa umah, duit keta, duit letrik air, duit pajak dan seanteronya. Ada lebih boleh la topup topup (tapi Khaiz xnak galakkan ya. Rugi ya, beli meggi 30 bungkus pon boleh ya). 

Khaiz pon main MLS sejak lauch dia lagi iaitu 3 bulan lepas. Skarang Khaiz ada 14 akaun dan setiap karakter Khaiz level 90 keatas hahahahahaha... (Jeles.. Jeles.. Jeles..) Bukan apa, sebab Khaiz main game ni ialah ianya asal daripada Novel dan Manga yang Khaiz minat iaitu LEGENDARY MOONLIGHT SCULPTOR yang memang sangat-sangat Best!!!! 

So, memang Khaiz galakkan korang Download game ni masa PKP ni daripada duduk termenung je kat beranda rumah. Hahaha. Oklah dah lama sangat review ni Khaiz harap korang enjoy ya dan jangan lupa! Main game main jugak ! solat jangan lupa!

(Betul tu Khaiz, solat itu tiang agama kan..) Ish kau ni PANJANG! nak masuk jugak!


PS: Babai jumpa esok, Nak sambung Grind Loot haha.

Ni ada link video Khaiz main MLS ni, kalau happy happy boleh la tengok dan like komen subscribe hahaahahahahaha...



_Glossary_

Grind-Bunuh monster untuk bahan-bahan

Loot-Bahan-Bahan

P2W-Bayar orang buat game untuk dapat kelebihan main game ni

F2P-Tak perlu bayar pon boleh main

Material-Rujuk Loot

Apps-Aplikasi

Game-Permainan

RPG-Permainan berasaskan pengalaman manusia

Review-Pengalaman cek main

Comments