Skip to main content

Asyik Pendek Aje Yang Cakap, Sekarang Panjang Pula Nak Kata



Mula-mula sekali saya perkenalkan diri saya dulu sebagai muqadimah dalam blog pertama yang saya betul-betul serius dan dengan penuh tekad nak pastikan blog ni terus kekal maju, hebat, dan diminati ramai. PANJANG KATA, wuisshh HAIBAT lar Brother!..

Al-Maklum, nama saya KhaizHalimi. Umurnya rahsia, tempat tinggalnya rahsia, berat badannya rahsia, ishh kalau semua dah rahsia benda apa yang bukan rahsia. Ha... ni yang nak cerita ni. Hidup saya macam orang-orang biasa juga la. Tamat pengajian di Sekolah Menengah ( STPM ) terus ada waktu luang untuk buat kerja sambilan. Bagi saya kerja yang dipilih ialah Brother (Abang-abang:- Bukan abang gangster...) Murabbi. Murabbi ni kerja dia jaga bebudak asrama sekolah dan pastikan diorang punya hal ehwal terjaga dan terjamin. Dah macam bodyguard yer...




 Tapi Murabbi ni pada awalnya agak susah bagi saya yang tak pernah tinggal di asrama dan rasa macam alien masuk bumi pulak KATA SI PANJANG. Iyalah, Murabbi ni kena bangun seawal 5 pagi untuk siapkan anak-anak buah solat subuh dan pergi kelas harian. Memang dah macam para Ibu pula kerja Murabbi ni , tapi perlahan-lahan saya dapat sesuaikan diri dan memang selepas anak-anak buah ke kelas waktu tu ialah waktu free untuk buat apa saja yang saya nak.(Kecuali kalau ada kerja yang tertunggak la...)

"Dah-dah jangan nak buat luahan perasaan sangat" kata diri saya kepada diri sendiri. Ha ha ha... okeylah, berbalik kepada topik di atas. Kenapa blog ni dipanggil MAAF KATA, PANJANG CAKAP dan Url blog ni pulak sipanjangcakap.blogspot.com. Kita dah terbiasa dengan Si Pendek yang suka berkata-kata dengan taglinenya PENDEK KATA. Tapi Si PANJANG tak pernah-pernah orang bincangkan pula. Mungkin kebanyakan Si PANJANG ni pendiam dan pemalu agaknya. Lagi satu, saya menulis blog ini ada sebab yang banyak; nak kongsi pengalaman, nak bagi tips belajar, nak promote produk dan tak lupa nak promote diri sendiri.

Itu baru sikit, sebenarnya saya dah sediakan list sebanyak 71 jenis sebab saya menulis. Bak Kata Si PANJANG, macam lagu Ramli Sarip la, "AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA"... betulkah saya menulis bukan kerana nama, mungkin betul mungkin tidak. Manusia ni kita tak boleh agak sifatnya. Kekadang baik, kekadang kurang baik.

  "THERE IS NO PERFECTIONIST WHO DID'NT HAVE FLAW, BUT THEY TRY TO PERFECT THEIR FLAW" kata Si PANJANG yang saya kenal. Si PANJANG di sini tidak merujuk kepada seseorang, tetapi ia merujuk kepada seseorang yang saya seorang sahaja kenali. Kalau ada yang terkenal atau mengenali Si PANJANG yang saya rujukkan, ia tiada kena mengena dengan watak Si PANJANG yang hidup mahupun yang dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Relaks my friend, Nama Blog ni pun PANJANG CAKAP, Memang panjang la isi yang nak diceritakan disini. Tapi bagi yang terasa atau jadi bosan dengan catatan yang saya tulis di sini, saya ucapkan MAAF KATA, PANJANG (sangat ker?) CAKAP.

SEKIAN.... (DAH habis PUN... Fuhhhh!....)

Comments

Popular posts from this blog

Rentetan Sejarah Asal Usul Toukatsu Series

Kemungkinan readers SiPanjangKata ni dah boleh agak yang sebenarnya Khaiz dan Members sebenarnya peminat tegar Toukatsu Super Series.  Apa benda tu Toukatsu Super Series? singkatan mudah untuk ayat atas ni ialah TKS ye pas ni Khaiz tulis. TKS ni merupakan siri TV pahlawan magik dengan identiti bertopeng atau dipanggil Kamen dan selalunya setiap siri ada tema dan plot cerita yang menarik.  TKS memang sangat banyak siri TV yang dikeluarkan dan setiap siri mempunyai pelbagai target penonton sendiri. Ada yang di rated R, PG13,Kids dan juga SR. Khaiz citer panjang-panjang (pendekkan la Khaiz pening orang baca oi) sebenarnya TKS ni ialah Kamen Rider, Super Sentai atau generasi Boomerz semua panggil Masked Rider dan Power Ranger.  Ha, legenda Kuuga, 555, Ryuki untuk KR Series sapa yang tak pernah dengar.... Peminat siri SS pasti ingat Morphin Ranger, Dino Ranger ataupun Time Ranger. Pergh, waktu Khaiz kecik-kecik dulu Khaiz paling frust menonggeng pasal tak dapat ten...

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam? Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini .   Jawapan ada di sini!! Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri. Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...