Skip to main content

Program Motivasi Pertamaku!


Assalamualaikum w.r.b

Kalau tengok tajuk entry ni memang apa yang nak Khaiz ceritakan semestinya straight to the point jer. Dekat UKM ni memang banyak program motivasi yang dijalankan, lepas satu-satu program motivasi. Kali ni dah dekat 7 kali dah Khaiz jadi peserta program motivasi, actually semua program motivasi ni lebih kurang jer. Ada perasmian, LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Seminar, Bengkel, Demonstrasi, Tayangan Video dan sehaluan dengannya. Dah tipikal sangat program motivasi ni "macam alah bisa tegal biasa" Khaiz dah boleh agak apa yang para fasilitator nak buat selepas ni. Hebat kan Khaiz... Hehehehe...

Nak diceritakan, selepas Khaiz terlibat dengan beberapa persatuan macam SRM (Satu M Rakan Muda) dan ambil subjek Latihan dan Modifikasi so Khaiz kenalah handle 2 program motivasi. Kali ni Khaiz terpaksalah jadi Fasilitator pulak kan.. 

Bagi Khaiz tak lah susah sangat handle program ni, yang susah nak mampusnya nak urus kertas kerja, proposal dan yang seangkatan untuk apply dana, tempat peserta nak stay, tentatif program dan siapa yang in-charge satu-satu event tu. Dua-dua pulak Khaiz dilantik sebagai Project Leader, memang pening la otak Khaiz nak handle. Berkejar macam Usain Bolt kesana kesini nak handle program, nasib baik Assignment Khaiz baru ciput. Kalau sampai 6-7 assignment apalah nak jadi. 

Korang agak dorang semua ni rasa apa?

Program motivasi ni sebenarnya nak latih peserta supaya dapat mengubah tingkah laku diorang yang negatif kepada positif, so kalau program yang dibuat kurang baik dan tak tersusun memang hancuss la program tu.. Khaiz sendiri pun dah banyak terlibat dengan program motivasi yang hancuss-hancuss sebelum ni. Diorang tak pandai nak atur program dah tu pihak atasan pulak tak ada motivasi, dah program tak memikat nak jugak diluluskan. 

Program motivasi yang berimpak tinggi buat dorang rasa
 bersemangat nak jadi orang yang hebat
Apalah nak jadi dunia ni, yang jadi mangsa eksperimen tak tentu hala peserta program la. Kepada u all yang jadi fasilitator dan orang penting program buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar lepas tangan saja. Budak-budak bayar untuk kita bagi diorang ilmu dan pengalaman yang baru bukan benda yang diulang-ulang. Jangan tunggu kerja dengan pakar motivasi macam DFK atau UKE baru nak bekerja sungguh-sungguh.

Ni adalah pendapat Khaiz yang dah lama disimpan, program baik adalah program yang memang meninggalkan kesan dalam diri peserta. Khaiz bukanlah orang yang hebat sampai nak bagi nasihat kat korang tapi kalau nasihat tu betul dan boleh diambil teladan jangan ditinggalkan macam tu saja. Buat kerja yang baik tak merugikan kita, tapi menambahbaikkan diri kita lagi. Still, ambil teladan halang sempadan (Quotes baru hahaha). Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam? Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini .   Jawapan ada di sini!! Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri. Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Rentetan Sejarah Asal Usul Toukatsu Series

Kemungkinan readers SiPanjangKata ni dah boleh agak yang sebenarnya Khaiz dan Members sebenarnya peminat tegar Toukatsu Super Series.  Apa benda tu Toukatsu Super Series? singkatan mudah untuk ayat atas ni ialah TKS ye pas ni Khaiz tulis. TKS ni merupakan siri TV pahlawan magik dengan identiti bertopeng atau dipanggil Kamen dan selalunya setiap siri ada tema dan plot cerita yang menarik.  TKS memang sangat banyak siri TV yang dikeluarkan dan setiap siri mempunyai pelbagai target penonton sendiri. Ada yang di rated R, PG13,Kids dan juga SR. Khaiz citer panjang-panjang (pendekkan la Khaiz pening orang baca oi) sebenarnya TKS ni ialah Kamen Rider, Super Sentai atau generasi Boomerz semua panggil Masked Rider dan Power Ranger.  Ha, legenda Kuuga, 555, Ryuki untuk KR Series sapa yang tak pernah dengar.... Peminat siri SS pasti ingat Morphin Ranger, Dino Ranger ataupun Time Ranger. Pergh, waktu Khaiz kecik-kecik dulu Khaiz paling frust menonggeng pasal tak dapat ten...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,