Skip to main content

TERLAJAK KERETA BOLEH DI "GOSTAN", TERLAJAK BUAT TERUSKAN SAJA

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...


 TERLAJAK PERAHU SUSAH DIUNDUR, TERLAJAK KERETA BOLEH DI "GOSTAN", TERLAJAK BUAT TERUSKAN SAJA

   

Kalau dah baca Heading kat atas ni mesti korang akan kata saya ni jenis yang suka buat lawak dan mereka-reka benda kan.. sememangnya saya jenis yang suka mereka-reka benda... mengikut fakta daripada kajian Merdeka Centre Research, Kebanyakan penulis selalunya menggunakan otak kiri untuk mereka ayat dan penggunaan bahasa yang baik manakala menggunakan otak kanan bagi menyediakan fakta-fakta yang menarik untuk dirujuk dalam penulisan mereka ( Errr... Kau nak kaji otak ker... kau nak menulis blog? kata Si PANJANG ) So, kalau korang nak tahu jenis pemikiran korang, korang boleh guna cara ni untuk periksa sama ada korang pemikiran kreatif (Otak Kiri ) atau pemikiran falsafah @ fakta ( Otak Kanan ). Caranya ialah genggam kedua-dua tangan korang dan rapatkan kedua-dua belah tangan korang antara satu sama lain kemudian kedua-dua genggaman tangan digabungkan. Kalau korang tengok saiz tangan kiri korang lebih besar, maka korang jenis yang pemikiran kreatif dan sebaliknya kalau tangan kanan korang lebih besar maka korang jenis pemikiran falsafah @ fakta. 



    Tapi kalau kedua-dua tangan korang sama saiz?, itu maknanya korang jenis yang balanced. Jenis ni selalunya dapat adapt ( Nanti-nanti, aku nak search dulu dengan MR GOOGLE apa bendanya adapt tu... lebih kurang Adapter Laptop ker? ) dengan kedua-dua pemikiran. Tunggu dulu, apa kaitan pemikiran dengan PEPATAH MELAYU VERSI RENOVATE saya ni... Ha.. ni yang nak cerita ni...

    2 Tahun lepas, masa saya baru habis SPM, saya apply dengan Open University Malaysia ( OUM singkatannya, memang sempoi universiti ni sebab dia buka untuk semua jenis orang, dah nama pun OPEN kan... ) dan memang dah dapat dah untuk DIPLOMA PENGAJIAN KOMUNIKASI. Tapi saya tak teruskan pengajian sebab masuk ke Tingkatan 6 bagi STPM. Masa tu saya masih blur lagi tentang U, so saya tak pergi batalkan pengajian saya dekat OUM. Hujung bulan 7 tahun 2013 saya dapat surat dari OUM untuk teruskan pengajian di situ, tapi saya memang dah masuk FIRST TERM untuk STPM BAHARU. Saya jadi pening lah sebab nak masuk TINGKATAN 6 @ OUM... kali pertama kan ( Itu lah, lain kali selesaikan dulu satu-satu benda tu.. kau kira nak lepas tangan jer... kan padan... )

    Then, saya jumpa dengan bekas guru saya dulu, tanya pendapat akak dan abang ( Sibling kandung okey... sibling saya semua sekali 8 orang tau... MEMANG BIG FAMILY HEHEHE ) sorang-sorang suma dah masuk U dan 4 daripadanya dah berkerja pun... So, diorang kata ambil dua-dua sekali. Maknanya saya dah dapat DIPLOMA kategori STPM dan akan dapat pulak DIPLOMA kategori UNIVERSITI. WOW! terkejut saya masa akak dan abang saya ceritakan saya tentang benda tu... tapi cikgu Si PANJANG a.k.a cikgu saya kata " Kalau kau buat dua-dua STPM ngan DIPLOMA kat OUM, kau kena pandai urus masa dan buat assignment kena proper. Cikgu nasihatkan buat dua-dua sebab STPM kau akan jadi penjamin untuk course ijazah yang baik dan DIPLOMA sebab dah dapat PTPTN so, baik kau teruskan saja...." memang hebatkan nasihat cikgu Si PANJANG ni...

   Tapi, bila dah habis STPM dengan keputusan PNGK 3.12... DIPLOMA ada lagi final SEMESTER menunggu... lagi 6 bulanlah aku kena habiskan... bila nak masuk IJAJAH ZAMAN UBI KAYU saya pun tak tau... assignment English nak buat tapi asyik dibelai dengan godaan menulis dekat blog ni.. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan iya dak? memang saya dah terlajak perahu sebab dah tertulis blog ni hehehe. YA ALLAH, KAU MUDAHKANLAH URUSANKU... AMIN.... ( Amin... aku doakan juga untuk kau lah... walaupun kau ni jenis yang boleh handle benda-benda macam ni... kalau tak macammana kau boleh habiskan STPM... Yer tak?... )

SEKIAN LAGI.... ( DIPLOMA TU IJAJAH, RAMLEE DAPAT IJAJAH ZAMAN UBI KAYU, SAYA DAPAT IJAJAH ENTAH BILA LAH PULAK.... )
    

Comments

Popular posts from this blog

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,

JOM EMO SIKIT MALAM NI! +tips ilham menulis!

EMO! emo tu natang hape ye? ha... lagu kat bawah ni memang emo sangat2! sebenarnya Khaiz nak cita, malam ni Khaiz agak bizi menaip thesis yang mintak di update. Habis menaip setengah chapter Khaiz dah mula hilang ilham nak sambung tulis lagi setengah bab. Wah! membimbangkan betul kalau takde ilham nak menulis, Akak-akak and Bro-bro super kita ada tak tips nak cari ilham menulis. Hahaha, takdelah ni Khaiz yang nak bagi tips tapi kalau sis and abang-abang hebat kita nak support pon boleh je. Straight to the point, apa ya tips untuk dapatkan ilham menulis ye? TIPS CARI ILHAM MENULIS, ni ada banyak tapi most of writer akan dengar lagu yang tenang atau yang diorang minat sangat-sangat.  Bagi Khaiz, antara lagu yang  Khaiz suka ialah Disturbed - Sound of Silence! nah cuba dengar kan lagu ni! Shoot! menikam jantung kan lagu ni!  Tu satu, ada yang cari ilham dengan membaca novel dan buku-buku yang diminati. Bagi Khaiz, buku teks tingkatan 5 paling Khaiz suka,...

Drama Takdir Yang Tertulis! Sungguh Sakit Hati!

Hari ni Khaiz nak sound skit pasal drama yang disiarkan di TV9. Masyallah... geram Khaiz tak habis-habis kat si suami heroin ni. Macam... p..  Skang dah carut kan.. (Hoi Khaiz sabau laaa. Panjang pon geram gak!). Dah la mak ori si Mika ni bangang siot, si Juweta satu hal!  Oh ya inilah contoh perasaan yang Khaiz rasa masa tengok citer ni. Khaiz pon tak tahu macammana Khaiz boleh hooked sgt dengan citer ni. Khaiz ni tak selalu layan Drama-drama melayu sbb terlalu membuatkan Khaiz emosional.  Asal dari Khaiz punya anak saudara lelaki (Kimi ni la punca) yang buat Khaiz hooked bila dia beria ria ceritakan sinopsis bagai hero la heroin la mak mika mak mertua heroin yg la...  la. Skarang satu famili Khaiz depan TV9 pukul 9.30mlm. Ish Ish Ish!  ps: Orang Gaji Jongang dia..... aq x boleh la (Panjang hold me! hold me!)