Skip to main content

CERITA LAWAK YANG BUAT SAYA BERFIKIR ...

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...







CERITA LAWAK YANG BUAT SAYA BERFIKIR  ...



   Hmmmnnn... dah dekat pukul 12 malam, rasanya hari ni saja saya dah post 4 catatan dan tak pula rasa bosan mahupun mengantuk. Alang-alang dah menulis tak boleh nak tinggal setengah jalan sebab menulis ni ada Aura ( Ohhh... kau cakap tentang air Aura ke? aku dah guna bagus jugak air tu... Kata Si PANJANG ) tersendiri. Begitu juga bagi yang suka membaca, menunggang kuda, menarik tali rafia mahupun memecut KERETA CONTROL F1 JENAMA BOBOYA ADUDUYA. Semuanya ada Aura tersendiri yang membuatkan penggemarnya ( Aku gemarkan SUSU TIN cap DAIRY MILK disukai ramai lemak berkrim ) tak bosan dan mahupun membosankan diri sendiri.




     Pernahlah sekali saya menonton Talivisyen ( Bukanlah... kau eja pun tak betul, mari aku ajarkan. TALI BESEN ejaannya... Kata Si PANJANG ) dan akibat bosan yang teramat Hyper sangat, Remote control di tangan tak habis-habis di tekan... sampailah sebuah siaran iaitu saluran KBS World yang banyak dimuatkan program-program rancangan dari Korea ( Kau ni tak habis-habis dengan cerita Korea, sebab kau lah aku pun kena virus Korea jugak ) yang agak bosan bagi saya pada mulanya. Time tu rancangan yang bertajuk GAG CONCERT. Rancangan ni menghimpunkan pelawak-pelawak negara mereka yang membuat lawak dengan penuh kelawakan sehingga temu lawak menjadi muak untuk para pemakan GENUAK ( Genuak kalau cicah cili padi tumbuk... PERGHHH!!! Kata Si PANJANG ) yang mana korang boleh search dengan MR Google kalau korang tak kenal dengan ulam-ulaman ini.


   Dalam satu sketsa rancangan ni, diorang tonjolkan sebuah dunia di mana dunia tersebut berhadapan dengan krisis makanan yang amat teruk. Hanya orang atau individu yang OVERWEIGHT atau sangat besar saja yang dihormati dan berkuasa dalam dunia tersebut. Al-Kisah, Ketua Putih berjumpa dengan Ketua Hitam. Kedua-duanya berbadan besar.... CUKUP BESAR.... So, si Putih ni berbanggalah sebab dia dapat jadi ketua Negaranya ( ni mesti MAK DATUK BESARNYA BADAN.... Kata Si PANJANG ).  si Hitam ni pula datang nak mencabar Kredibiliti waimaz KeCHUBBYan si Putih ni dan sekaligus merampas takhta Si BESAR ( Ada pulak takhta OVERWEIGHT yer... ) negara.... Berlakulah dialog berikut;


     Putih BESAR: Apa yang kau mahu, kau tak cukup BESAR untuk mencabar aku. Pegi balik makan banyak-banyak baru aku tau... ( Stail AHMAD NISFU ni... Kata Si PANJANG )


    Hitam BESAR: Hahahahahahahahaha.... ( Hey, berapa banyak gelak haa.... Kata Si PANJANG ) aku dengar baru-baru ni kau makan mee segara 3 bungkus ya.. Hebat sungguh kau...

     Putih BESAR: Hahahahahahahahaha..... (Apasal gelak korang sama hah?... Kata Si PANJANG ) kau kalau datang semata-mata nak puji aku tak payahlah... aku tahu niat kau...

    Hitam BESAR: Nampak sangat kau dah kurus.... ( Muka Putih BESAR pucat dek terkejut ) dah jadi adat bagi ketua yang BESAR untuk tambah nasik dalam Mee Segera... tapi kau makan MEE SEGERA SEMATA-MATA! 

      Putih BESAR: Mana ada, aku tak pernah kuruslah.... buktinya LEMAK BAWAH DAGU aku lagi banyak dari kau punya dagu... ( si Hitam terkejut melihat ketulan membeku yang lembut ibarat kusyen BerBULU )

     Hitam BESAR: Ya... ya... kau menang, memang besar, memang besar.... 


    Sememangnya lawak diorang ni agak mencabar bagi orang yang baru sahaja terlibat dengan dunia  keKOREAan ( Bila? Bila? bila KE KOREA KE KITA nak main?  hehehe... kantoi minat kat WAK DOYOK...) ni nak faham... tapi lawak diorang membuatkan saya berfikir tentang perkara atau situasi di atas.... ( Dah... kalau tak lawak atau tak cukup lawak suruh aja Datuk Jalaludin Hasan yang SENTIASI bagi 4 atau 5 bintang dekat NAB*L yang entah apa-apa lawaknya dalam MAHARAJA LEWAK MEGA buat lawak kat korang )... anyways again.. relaks my friend, memang tak salah kalau nak melawak sikit-sikit ni... tapi lawak yang bermanfaat dan bagi ikthibar saya utamakan... ( Kau kalau bab BEDA'AH memang nombor 1 kan... kan... kan... )... so A LWAYS BE HAPPY AND ALWAYS FACE TOMORROW BETTER THAN TODAY OR YESTERDAY....Si PANJANG Cakap dah lewat ni.... pukul 1 pagi nanti nak jumpa dengan  SI ROS ANAK PENDEKAR MUSTAR KAMPUNG PINANG DUA BATANG.....


SEKIAN.... (  TRIPLE FUUUHHH.... SAMPAI PUN RAMLEE, KAMPUNG MANA? KAMPUNG SANA? SANA LAUT! BODOH! )















Comments

Popular posts from this blog

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam? Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini .   Jawapan ada di sini!! Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri. Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Rentetan Sejarah Asal Usul Toukatsu Series

Kemungkinan readers SiPanjangKata ni dah boleh agak yang sebenarnya Khaiz dan Members sebenarnya peminat tegar Toukatsu Super Series.  Apa benda tu Toukatsu Super Series? singkatan mudah untuk ayat atas ni ialah TKS ye pas ni Khaiz tulis. TKS ni merupakan siri TV pahlawan magik dengan identiti bertopeng atau dipanggil Kamen dan selalunya setiap siri ada tema dan plot cerita yang menarik.  TKS memang sangat banyak siri TV yang dikeluarkan dan setiap siri mempunyai pelbagai target penonton sendiri. Ada yang di rated R, PG13,Kids dan juga SR. Khaiz citer panjang-panjang (pendekkan la Khaiz pening orang baca oi) sebenarnya TKS ni ialah Kamen Rider, Super Sentai atau generasi Boomerz semua panggil Masked Rider dan Power Ranger.  Ha, legenda Kuuga, 555, Ryuki untuk KR Series sapa yang tak pernah dengar.... Peminat siri SS pasti ingat Morphin Ranger, Dino Ranger ataupun Time Ranger. Pergh, waktu Khaiz kecik-kecik dulu Khaiz paling frust menonggeng pasal tak dapat ten...

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,